Hukuman 30 Bulan Penjara Tidak Akan Dapat Lenyapkan Fitnah Jahat Rafizi

Share This:

Sebenarnya, andai kita mahu senaraikan, bukan pendek senarai fitnah dan pembohongan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli. Senarainya mungkin panjang berjela memandangkan dia adalah Raja Penipu Malaysia selain daripada pakar mereka-reka cerita terulung di Malaysia malah mungkin di peringkat Asia.

Justeru, tidak hairanlah kes yang membabitkan dirinya masih panjang yang sedang menunggu masa sahaja untuk di bacarakan. Menariknya, Rafizi seolah-olah langsung tidak pernah kenal erti serik malah dia dilihat semakin galak pula menyampaikan berita bohong dan fitnah kononnya hanya atas alasan politik.

Terbaru, Mahkamah tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadap Rafizi kerana membocorkan akaun NFC yang sekaligus mengheretnya kedalam kesalahan BAFIA. Ini adalah kesalahan kedua Rafizi yang telah disabitkan oleh mahkamah setelah sebelum ini dia turut gagal dalam kes yang membabitkan dirinya dengan NFC.

Apa yang pasti, walau apa pun keputusan mahkamah terhadap Rafizi, dia sudah tidak layak lagi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak. Paling utama, kerosakan yang telah dibuat hasil fitnahnya juga telah banyak dan sukar untuk mana-mana pihak termasuk dirinya untuk membetulkannya semula.

Rafizi baru sangkut dalam kes NFC namun hakikatnya, siapa yang dapat melupakan bagaimana dia telah memperdayakan lebih 3 ribu pencarum Tabung Haji dengan dakwaan kononnya wang simpanan pencaum digunakan bagi membayar hutang 1MDB. Akibatnya, kesemua lebih 3 ribu pencarum terlepas giliran menunaikan haji disebabkan mereka membawa keluar semua wang simpanan mereka dari Tabung Haji.

Selain daripada kes tabung Haji, Rafizi juga akan dikenang sebagai salah seorang manusia yang cukup gemar merosakkan Felda menerusi tuduhan-tuduhan liar. Tidak terhenti setakat itu, JAKIM antara salah satu agensi yang menerima penangan penipuan yang dibuat oleh Rafizi.

Memang sudah telrlau banyak kerosakan diciptakan oleh Rafizi sepanjang dia menjadi Ahli Parlimen PKR. Penjara 30 bulan mungkin boleh menginsafakannya namun, tempoh 30 bulan itu belum cukup untuk memulihkan apa yang telah dia rosakkan sepanjang dia menjadi Ahli Parlimen.

Dia mungkin boleh cakap, saya hanya berguarau seperti mana yang dia lakukan terhadap Datin Seri Rosmah Mansur atas tuduhan memilik cincin yang kononnya berhaga RM 25 juta. Dia mungkin boleh berkata saya melakukanny atas kapasiti saya sebagai ahli politik. Namun dari segi moral dan kerosakan, Rafizi sememangnya seorang ahli politik yang tidak bertanggungjawab dan begitu teruk melakukan kerosakan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*