Guna Kalimah Allah Dalam Teks Bible

Share This:

Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak akan tetap terus menggunakan kalimah “Allah” di dalam Bible dan upacara keagamaan mereka demikian tegas pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Wilfred Madius Tangau.

Menurut sumber mengatakan, Bible versi Bahasa Melayu, atau Al-Kitab, akan terus diedarkan untuk kegunaan penganut Kristian di negeri-negeri Borneo itu.

“Sekarang juga ada Bible versi Borneo yang diterbitkan melalui inisiatif Sidang Injil Borneo. Bible itu menggunakan Bahasa Melayu Borneo dan diterbitkan dan dicetak di Korea Selatan sebelum dibawa ke sini.”

“Ini satu perkembangan yang bagus kerana kita mematuhi penyelesaian 10 perkara, bermakna kita boleh terbit dan cetak buku-buku kita di sini, termasuk yang menggunakan kalimah Allah dalam teks,” katanya, secara tidak langsung merujuk kepada Bible yang sebelum ini diimport dari Indonesia.

Penyelesaian 10 perkara dikemukakan kerajaan sebelum Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 2011, untuk membolehkan Bible dalam Bahasa Melayu dan bahasa Bumiputera diedar secara bebas di Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*