Courtois Dedah Keinginan

Share This:

PENJAGA gol Chelsea Thibaut Courtois dedah keinginannya.

Courtois yang dipinjamkan ke Atletico Madrid (2011-2014) dan kembali ke Stamford Bridge sehingga sekarang mengakui hatinya berada di tempat lain.

“Hati saya berada di Madrid. Perkara berkaitan dengan peribadi berada di sana.

“Anda tahu, dua anak saya tinggal bersama ibunya di sana dan setiap hari saya akan bercakap dengan anak perempuan saya menggunakan ‘Facetime’.

“Dia selalu cakap rindukan saya. Anak lelaki saya masih lagi bayi.

“Setiap kali jika ada peluang, saya akan pulang melawat mereka kerana setuasi seperti ini bukan selalunya dapat,” ujar pemain antarabangsa Belgium ini.

Pemain  berusia 25 tahun itu memberi bayangan untuk kembali ke Madrid dan bermain untuk Real.

Sebelum ini timbul khabar angin bahawa Real Madrid berminat mendapatkan khidmatnya.

“Jika Real berminat, saya akan bersetuju kerana ia berkaitan dengan kehidupan peribadi di sana.

“Faktor keluarga diutamakan. Dan jika Real mahukan saya, mereka prlu berbincang dengan Chelsea, tetapi ianya tidak pernah berlaku.

“Namun satu hari nanti saya tetap akan kembali ke Madrid. Sepanjang tiga tahun berada di sana, saya gembira,” ujarnya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*