Azmin Mahu Singkir Pengaruh DAP Di Selangor?

Share This:

Umum sedia maklum bahawa kerajaan Selangor ditadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ditukar kepada Pakatan Harapan. Sejak 2008, dua orang Menteri besar telah menerajui kerajaan ini di mana kedua-duanya datang dari PKR walaupun secara amnya, DAP menguasai DUN di negeri Selangor.

Lebih menarik lagi, PAS sehingga kini masih mempunyai 4 orang Exco Kerajaan negeri walaupun PAS Pusat telah mengambil pendirian untuk memutuskan hubungan dengan DAP dan semua parti yang menganggotai Pakatan Harapan. Justeru, apabila Datuk Seri Azmin begitu lantang menempelak PAN yang didakwanya tidak amanah, timbul persoalan, apa yang sedang berlaku di negeri Selangor hari ini?

Secara luarannya, mungkin ramai yang beranggapan, ianya adalah tanda-tanda keretakan hubungan antara Azmin dan barisan parti yang menganggotai Pakatan Harapan di Selangor. Namun, menurut sumber dalaman kerajaan negeri yang rapat dengan Azmin, Menteri Besar berkenaan sebenarnya cuba untuk sekurang-kurangnya melemahkan pengaruh DAP di dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Kedudukan Azmin hari ini sebenarnya tidak mampu bertahan lama sekiranya tidak mendapat sokongan daripada barisan Exco PAS yang masih kekal setia bersama Azmin. Di saat PAS terpaksa menerima hakikat kewujudan PAN yang ditaja DAP, Azmin pasti akan berasa sedikit tergugah dengan kehadiran PAN yang hari ini bermati-matian mahu lebih banyak kerusi untuk mereka tandingi di Selangor.

Azmin sedar, sekiranya hasrat PAN itu dipenuhi, ini bermakna, dia secara tanpa sedar akan memberi lebih banyak kuasa kepada DAP. Manakan tidak, jika memperkatakan tentang PAN, tidak dapat tidak kita harus mengaitkan parti liberal berkenaan dengan DAP. Ini yang cuba dielakkan oleh Azmin dan dia begitu nekad mengadakan rundingan dengan PAS walaupun dibantah oleh Majlis Kepimpinan Harapan.

Oleh yang demikian, Azmin secara terbuka telah menidakkan kemahuan PAN dan oleh yang demikian, ianya telah menimbulkan kemarahan DAP yang menguasai bukan sahaja di Selangor, malah Pakatan Harapan secara amnya. Tambahan pula, PAN adalah parti pro DAP yang dianggotai oleh orang Melayu dan keenggan Azmin ini menjadikan perancangan DAP sedikit terbantut.

Tambah sumber ini lagi, dari sinilah munculnya idea untuk menggantikan Azmin sekiranya Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan sekali lagi di Selangor. DAP melihat, Azmin merupakan ancaman terbuka buat parti berkenaan dan pada kebiasaannya, sesiapa sahaja yang mengancam DAP samada secara langsung ataupun tidak langusng, orang itu akan “disenyapkan’.

Satu-satunya harapan Azmin hari ini adalah hubungan eratnya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Mungkin dengan pengaruuh Mahathir selaku Pengerusi Pakatan Harapan, kedudukan Azmin selaku Menteri Besar mungkin mampu bertahan untuk sekurang-kurangnya sepenggal lagi.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*