Tuduhan Bos MYDIN Mengenai Ekonomi Negara Tidak Tepat

Share This:

Tuduhan bos rangkaian pasar raya besar Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin bahawa rakyat Malaysia tidak berduit walaupun ekonomi berkembang adalah tidak tepat dan tidak berasas.

Menurut beliau, pengguna tidak dapat memenuhi peningkatan kos barangan walaupun ekonomi Malaysia dilaporkan meningkat. Dia buat kenyataan begitu berasaskan maklumat tahun penjualan merosot di seluruh pasar raya di Malaysia.

“Saya fikir rakyat tak ada duit,” katanya dalam satu temu bual bersama stesen radio BFM.

Data dari rangkaian Mydin menunjukkan harga meningkat dari 14 peratus kepada 15 peratus dalam tempoh lima tahun lepas.

Menurut Ameer, harga untuk 150 jenis barangan naik antara 2.7% kepada 3.7%. Tahun lalu, harga meningkat 2.3%.

“Untuk item individu (kenaikan harga) menakutkan. Sebagai contoh, kubis dari Cameron Highlands naik 29% dalam tempoh lima tahun lalu.

“Ikan kembung hitam 19%, sos cili jenama Maggi 38.8%, sardin jenama Ayam pula 30.6%.”

“Kalau harga (barangan) saya naik, saya pasti pesaing saya juga akan naikkan juga. Kami peneraju pasaran. Kami naik (harga) bila kos kami naik,” katanya.

Sebenarnya Mydin hadir dengan kesimpulan berkenaan berdasarkan data yang diperolehi mungkin dari rangkaian pasar raya mereka sahaja di seluruh negara yang pada hakikatnya kini sudah kurang mendapat sambutan dalam kalangan orang ramai ekoran tidak banyak pilihan di Mydin.

Apa yang ada di pasar raya besar di sana hanyalah barangan yang kebanyakanya untuk kegunaan golongan India Muslim di negara ini dan bukannya untuk keseluruhan komuniti pelbagai kaum. Ameer tidak boleh membuat kesimpulan bahawa rakyat tidak ada wang hanya dari data yang diperolehi dari pasar raya besar sahaja.

Peningkatan KDNK negara bukan ditentukan oleh hypermarket semata-mata, tetapi oleh banyak sektor dalam negara.

Sektor pertanian misalnya menyumbang pertumbuhan sebanyak 5.6 peratus pada tahun 2017, perlombongan dan kuari 0.5 peratus, pembuatan 5.5 peratus, pembinaan 7.6 peratus dan perkhidmatan 5.9 peratus. Dalam sektor perkhidmatan pula, Utiliti menyumbang 2.5 peratus, Perniagaan Borong dan Runcit 6.5 peratus, Makanan, Minuman dan Penginapan 7.6 peratus dan banyak lagi.

Kata-kata Ameer bahawa Mydin rugi juga adalah tidak benar kerana selepas menjual rangkaian pasar raya mini SAM’s Groceria, menghentikan operasi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan melaksanakan pemotongan kos yang sangat ketat besar-besaran, tidak mengambil pekerja baru dan tidak menaikkan gaji pekerja, Mydin kemudian memperoleh keuntungan semula RM30 juta.

Sifirnya mudah, kalau rakyat Malaysia tak ada duit dari mana datangnya untun Mydin itu?

Ini lebih menarik, dalam laporan The Edge, syarikat Mydin Holdings merekodkan kerugian pertama dalam tempoh enam dekad dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2016. Alasan yang diberikan adalah kerana nilai Ringgit yang lemah berbanding Dolar Amerika dan kerana kesan pengenalan Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011.

Kerugian yang dicatatkan adalah RM156.61 juta dari perolehan sebanyak RM2.99 bilion.

Dalam laporan yang sama, dalam keluaran Februari tahun lepas, The Edge menyebut RAM Ratings menyatakan kerugian Mydin Holdings adalah kerana tindakan lambat ke atas tindakan kesilapan meletakkan harga di rangkaian pasar mini dan pasar raya mereka dan bukan kerana rakyat tidak berduit.

Sebenarnya dalam isu ini, kerugian yang dialami oleh pasar raya Mydin adalah kerana kesilapan mereka sendiri dan bukannya kerana rakyat yang tidak berduit.

Biasalah, kalau dalam temubual radio, mestilah hendak kata perkara yang lebih sensasi sedikit untuk dapatkan perhatian dari pendengar. Rakyat Malaysia sudah ada kuasa membeli yang lebih besar pada masa kini kerana trend membeli-belah amat meningkat sekarang ini khususnya pembelian secara online.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*