Tak Sengaja Tembak Adik Masa Main Senjata Api Bapa

Share This:

Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dipercayai tertembak adik perempuannya berusia 2 tahun ketika bermain dengan senjata api bapanya sebelum ‘menembak diri sendiri’.


Mirror melaporkan, kejadian berlaku di Empangeni, KwaZulu-Natal, Afrika Selatan di mana budak lelaki itu meninggal dunia serta merta sementara adiknya meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.


Polis percaya, senjata api itu dilesenkan atas nama bapa mangsa.


Jurucakap polis berkata, dalam kejadian pada 3 Februari, jam 11.50 malam itu, budak lelaki terbabit dipercayai menembak diri sendiri kerana tidak dapat menerima apa yang berlaku kepada adiknya.



Foto: Mirror



Sehubungan itu, polis menggesa semua pemilik senjata api berlesen memastikan senjata mereka sentiasa dalam keadaan selamat supaya tidak melanggar Akta Kawalan Senjata. 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*