Pelajar Diugut Pemandu Teksi Hanya Kerana Memanggil Uber ?

Share This:

Seperti yang kita tahu, perkhidmatan Uber menjadi pilihan hati rakyat Malaysia kerana harganya berpatutan selain khidmatnya yang mesra pelanggan dan amat mudah digunakan.

Ramai juga yang beralih ke Uber kerana sudah muak dengan sikap segelintir pemandu teksi yang suka mengenakan harga tinggi dan enggan menggunakan meter.


Baru-baru ini, seorang wanita bernama Alice berkongsi di laman Twitter tentang pengalamannya berdepan pemandu teksi hanya kerana memilih Uber.


Kisahnya bermula apabila dia memanggil Uber di KTM Batang Benar N. Sembilan tanpa mengetahui yang dia tidak boleh berbuat demikian di lokasi berkenaan. Lalu, beberapa pemandu teksi menghampirinya dan kenderaan Uber berkenaan.





Pemandu teksi terbabit kemudian menunjukkan notis kepada pemandu Uber berkenaan mengatakan bahawa Uber tidak dibenarkan mengambil penumpang disitu.



Salah seorang pemandu teksi kemudian membuka pintu menyuruhnya keluar dari kenderaan Uber dinaikinya. 



Gadis itu cuba menelefon rakannya dan pemandu teksi itu mengekori wanita itu, tambah menakutkan pemandu teksi itu merakam gadis berkenaan menggunakan telefon bimbitnya, Mereka juga turut mengugut gadis berkenaan.

Dan ketika menunggu rakannya menjemput dari stesen, salah seorang pemandu teksi mengikuti beliau ke mana untuk memastikan beliau tidak memanggil Uber.





Berikutan isu ini, ramai netizen mengecam tindakan pemandu-pemandu teksi itu. Bacalah komen mereka.

Foto: Twitter/FB



Alahai, rasanya pemandu teksi tak perlulah sampai ke tahap ekstrem sebegitu, betul tak? Cubalah perbaiki perkhidmatan teksi sendiri daripada memaki dan melampiaskan kemarahan terhadap pemandu dan penumpang Uber.


Apa pendapat anda ?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*