Nisha Ayub Bantah Akademi LGBT di USIM

Share This:

Memetik sumber mengatakan, sebuah akademi khusus untuk mengkaji dan menangani golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) telah ditubuhkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di bawah salah satu institusinya.

Akademi yang diletakkan di bawah Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD ) itu akan diketuai oleh Dr Rafidah Hanim Mokhtar, seorang pensyarah di Fakulti Perubatan dan Kesihatan USIM yang juga Presiden Pe­rika­­tan Wa­nita An­tara­bangsa untuk Institusi Keluar­ga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ).

Menurut Pengarah INFAD Dr Irwan Mohd Subri, akademi kajian LGBT itu ditubuhkan pertengahan Januari lalu selepas mengambil kira peningkatan golongan tersebut.

“Kita tahu isu LGBT ini isu sosial, dari segi hukum hakam jelas tidak dibenarkan dalam Islam. Kemudian, dari segi undang-undang jenayah syariah pun tak boleh.”

“Tetapi golongan ini dari hari ke hari dia makin bertambah, makin kuat, makin mendapat sokongan malahan dalam kalangan masyarakat pun dah boleh terima.”

“Mereka bukan golongan musuh atau golongan yang kita perlu jauhi, bahkan kita mengambil pendekatan nak dekati mereka, nak santuni mereka.”

“Kita ada kaitkan sedikit dengan perspektif Islam, macam pengetahuan mereka terhadap hukum transgender dan sebagainya. Jadi, kita gabungkan 2 kepakaran syariah ataupun pengajian Islam ini dengan kesihatan.”

“Mungkin selama ini kita anggap mak nyah ini sekadar berpakaian wanita atau kita panggil berperwatakan lembut.

Tetapi, sebenarnya isu yang lebih besar daripada itu, kebanyakan daripada mereka ini terlibat sebagai pekerja seks. Itu yang terlibat dengan HIV.

Kita nak bagi kesedaran dekat mereka ini dari segi kesihatan dan perlahan-lahan kita masuk dengan ilmu agama,” ujar Dr Irwan lagi.

Statistik Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tahun 2016 menunjukkan bahawa golongan homoseksual dan biseksual menjadi kumpulan penyumbang utama penyebaran virus HIV dan AIDS.

Namun, Nisha Ayub, pengasas bersama Justice for Sisters baru-baru ini telah membantah kajian yang dijalankan akademi khas di bawah Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (Infad) kerana dikatakan telah melanggar hak asasi LGBT.

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*