Lepas Bunuh, Lelaki Bawa Mayat Kekasih Ke Balai Polis

Share This:

Siapa sangka seorang lelaki yang telah membunuh teman wanitanya, pergi ke balai polis untuk menyerah diri sambil membawa mayat kekasihnya itu.

 
Memetik laporan Astro Awani, insiden ini berlaku di Balai Polis Petaling Jaya selepas seorang lelaki didapati menikam kekasihnya di tempat parkir sebuah pusat beli belah di Kota Damansara sekitar jam 1.30 tengah hari semalam. 
 
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, lelaki berusia 37 tahun itu datang ke balai polis bersama mayat teman wanitanya di dalam kereta jenis Honda City yang dipandu suspek.
 
“Dia telah masuk ke ruang pejabat kaunter aduan kita dan memaklumkan dia telah membunuh teman wanitanya.
 
“Jadi anggota polis bertugas telah buat pemeriksaan dan memang ada mayat seorang wanita dalam kereta tersebut dan lelaki tersebut serta merta ditahan,” katanya.
 
Mayat mangsa masih lengkap berpakaian berada di tempat duduk penumpang bahagian hadapan dengan kesan tikaman pada leher.
 
Siasatan awal mendapati mangsa berusia 35 tahun yang juga merupakan rakan sekerja suspek dibunuh menggunakan sejenis senjata tajam yang ditemui dalam kereta tersebut.
 

Foto Awani
Buat masa ini motif kejadian masih disiasat, namun dipercayai ada kaitan dengan hubungan cinta antara mereka berdua.
 

Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*