Lelaki Bogel Berjalan Sambil Menari

Share This:

Kehadiran seorang lelaki berbogel mengejutkan sebuah kawasan perumahan di Manchester, England apabila lelaki tersebut berjalan sambil menari dengan hanya memakai but, cermin mata hitam dan lencana pengenalan diri.

Aksi lelaki itu dikesan seorang wanita yang sedang melalui jalan itu di dalam sebuah kereta.

Wanita itu sempat merakamkan gerak-geri lelaki yang tidak dikenali itu menggunakan telefon bimbitnya pada kira-kira pukul 10 pagi Sabtu lalu waktu tempatan (6 petang waktu Malaysia).

Menurut laporan sebuah portal, lelaki berkenaan dilihat berjalan melalui sebuah pintu pagar dan memasuki laman di sebuah rumah dan membongkokkan badannya.

Kedengaran suara wanita yang membuat rakaman itu dengan berkata: “Saya akan memaklumkan perkara ini kepada polis.”

Selain wanita berkenaan, beberapa individu turut menghubungi polis berhubung insiden tersebut.

Seorang jurucakap mengesahkan mereka menerima beberapa panggilan telefon daripada orang awam.

Bagaimanapun, pegawainya telah dihantar ke lokasi kejadian tetapi tidak menemui lelaki yang dimaksudkan.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*