Gelombang Dalam Diam Protes Pada Mahathir Bukannya BN

Share This:

SENARIO politik negara sebenarnya semakin mengerunkan Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau tahu bahawa kehadiran beliau akan menyebabkan pakatan harapan yang dipimpin DAP akan semakin merudum. Dalam diam gelombang protes penyokong pakatan terhadap Mahathir semakin banyak.

Mahathir sendiri mengakui bahawa beliau berdepan tugas berat menjelang pilihan raya umum ke 14 (PRU14). Dan beliau tahu bahawa peluangnya semakin tipis untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rakyat Malaysia tahu bahawa Mahathir sanggup membiarkan diri beliau dipergunakan oleh DAP yang dilihat anti Melayu dan anti agama Islam semata-mata demi menjaga kepentingan peribadi keluarga beliau yang dikatakan melibatkan nilai berbilion ringgit.

Perkara ini antara penyebab utama berlakunya gelombang dalam diam memprotes Mahathir. Malah penyokong pembangkang diketuai DAP yang masih menyimpan dendam terhadap Mahathir masih tidak dapat menerima beliau yang secara tiba-tiba melakukan “u-turn” untuk bersama pembangkang. Mereka tahu bahawa Mahathir bagaikan “ular lidah bercabang” yang tidak pernah ikhlas dalam setiap langkahnya.

Pengerusi PPBM itu dikatakan menggunakan doktrin Machiavellian dalam tindak-tanduk beliau. Hubungan Mahathir dan pembangkang diketuai DAP jelas berdasarkan kepada prinsip bahawa musuh kepada musuh saya adalah kawan saya. Doktrin matlamat menghalalkan cara, ini dilihat menjadi modus operandi Mahathir.

Dari dahulu pun Mahathir tidak suka atau mempercayai Anwar tetapi belia terpaksa berpura-pura berbaik-baik dengan suami Wan Azizah itu untuk mencegah Anwar daripada menyertai PAS.

Mahathir juga tidak suka atau mempercayai Kit Siang tetapi mereka perlu menggunakan satu sama lain untuk cuba mengalahkan Umno dan selepas itu mereka akan saling berpaling tadah dan menghancurkan Pakatan Harapan.

Mahathir pernah menyebabkan UMNO dibubarkan. Lim Kit Siang juga pernah menyebabkan pakatan rakyat dibubarkan. Kedua-dua mereka penuh dengan tipu muslihat semata-mata untuk menjaga kepentingan politik peribadi masing-masing.

Bagi Mahathir, janji-janji hanyalah satu cara untuk menipu kita. Dia boleh membuat perjanjian dengan anda hari ini dan memungkirinya pada keesokan hari. Apa yang dia katakan hari ini dan apa yang dilakukannya esok adalah dua perkara yang berbeza. Apa yang dia katakan hari ini adalah untuk mencapai matlamatnya dan apa yang dilakukannya esok adalah apa yang bermanfaat kepadanya secara peribadi tanpa mempedulikan rakyat.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*