FBI Tak Puas Hati Dengan Laluan Tol TnG ?

Share This:

Buat masa sekarang, hampir keseluruhan plaza tol di Malaysia menggunakan sistem pembayaran elektronik TnG dan SmartTag yang mana tidak dinafikan sistem ini lebih menjimatkan kos dan mempercepatkan proses pembayaran.

Namun begitu, pelaksanaan sistem ini juga kadangkala menyusahkan pelanggan yang tidak dapat menambah nilai kad TnG di plaza-plaza tol. Perkara ini juga yang diperkatakan oleh DJ radio terkenal Malaysia, Faizal Ismail.





Melalui Facebooknya (FB), Faizal meluahkan rasa kecewa apabila ada laluan tambah nilai di plaza tol yang hanya dibuka mengikut waktu tertentu serta sistem, namun seringkali offline.



Menurutnya, apabila sistem seperti ini dilaksanakan, laluan tambah nilai sepatutnya beroperasi 24 jam tanpa sebarang alasan ataupun digantikan dengan kiosk layan diri seperti yang ada di RnR Sungai Buloh.


Luahan hati Faizal ini juga disokong ramai netizen dan rata-rata turut menghadapi masalah sama iaitu sukar untuk menambah nilai kad TnG. Bahkan, ada juga mempertikaikan peraturan hanya kad yang kekurangan baki boleh menambah nilai di laluan keluar tol. Seolah-olah menidakkan hak pengguna untuk menambah kad mereka.



Foto: FB Faizal Ismail FBI



Adakah anda mengalami masalah sama dengan laluan tol elektronik ini? Jika ada, harap tabah dan bersabar, ya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*