Durian Runtuh! 5,000 Pekerja Dapat Bonus RM19 Ribu Secara Tunai

Share This:

Mengejutkan apabila sebuah syarikat di Cina memberikan bonus bernilai 160 juta yuan kepada pekerjanya.


Memetik Astro Awani, syarikat Fangda Special Steel Technology yang berpangkalan di timur China mungkin merupakan majikan paling pemurah apabila memberikan bonus berjumlah 160 juta yuan atau RM99.19 juta kepada pekerjanya secara tunai.


Pemberian bonus itu dilapor membabitkan seramai 5,000 pekerja dengan masing-masing menerima bonus 32,000 yuan (RM19,840) sementara pekerja yang bersara dan berusia lebih 60 tahun menerima wang tunai 3,000 yuan (RM1,859).


Firma pembuatan besi itu bukan pertama kali membuat kejutan dengan memberikan bonus tinggi kepada pekerjanya.

Sebelum ini, sebuah lagi anak syarikat itu turut tular di internet selepas memberi bonus kepada pekerjanya secara tunai.


Bonus diberikan selepas pengeluaran dan keuntungan syarikat itu mencecah tahap tertinggi, tahun lalu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*