Conte Tertekan Tapi Masih Tidur Lena

Share This:

ANTONIO Conte mengakui tertekan dengan kekalahan besar sejak akhir-akhir ini dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Bagaimana pun pengurus Chelsea itu berjanji tidurnya tetap tidak terganggu semata-mata untuk menyelamatkan tugasnya.

“Esok adalah hari baharu. Saya mungkin lagi jurulatih Chelsea atau tidak.

“Apa masalahnya? Saya pergi tidur tanpa sebarang masalah,” jelas Conte selepas menyaksikan skuadnya tewas 4-1 kepada Watford pada saingan awal pagi Selasa.

The Blues kini ketinggalan 19 mata daripada pendahulu liga, Manchester City dan berada di kedudukan keempat liga.

Sebelum ini pengendali dari Itali itu berulang kali merungut mengenai pembelian pemain baharu ketika jendela perpindahan berlangsung bulan lalu.

“Saya cuba mengingatkan kepada semua bahawa situasi sukar untuk kami dalam aksi liga dan untuk ke Liga Juara-Juara.

“Saya cuba berusaha meningkatkan prestasi setiap pemain, tetapi hari ini saya yakin ia adalah permainan yang paling teruk.

“Sudah tentu saya bertanggungjawab kerana mungkin saya membuat keputusan salah (menyenaraikan sebelas pemain).

“Saya harap anda memahami situasi saya, saya tidak takut kehilangan tugas. Saya bekerja keras dan beri 120 peratus,” jelasnya.

 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*