Cara Mahathir, Azmin Dan Guan Eng Menipu  Wang Rakyat

Share This:

Baru baru ini kita dikejutkan dengan pendedahan CheGu Bard yang mana  telah membongkar  satu bentuk perancangan “rompakan” dana pilihanraya yang dirancang oleh PKR Selangor. Difahamkan pengagihan peruntukan pilihanraya dilakukan kepada kartel-kartel yang bersekedudukan dgn PKR.

Kerakusan kroni merompak, kerakusan tiga  pemimpin ini dalam merompak hasil negeri dan penyelewengan yang dilakukan untuk membahagikan kekayaan negeri kepada setiap kroni PKR dan DAP bukan rahsia lagi dikalangan rakyat. Kecuali sokongan yang mereka berikan adalah bersifat merebut peluang kekayaan sahaja.

Mahathir, Azmin Ali dan Guan Eng tidak mempedulikan hal berkaitan dengan rakyat, sesiapa yang pernah berada dizaman pemerintahan Mahatihir dahulu akan dapat melihat bagaimana cara yang sama dilakukan oleh Azmin dan Guan Eng dalam melakukan “rompakan hak rakyat”.

Kedua pemimpin ini sudah lengkap dalam usaha untuk menjadi pemimpin yang mempunyai sifat Mahathir, gerak kerja yang dilakukan adalah serupa. Untuk memenangi hati rakyat mereka akan membina sesuatu yang mega tetapi membiarkan ianya gagal.

Dari hasil kegagalan tersebut wang rakyat akan dirompak dengan mudah sekali. Cara sedemikian kita dapat melihatnya begaimana berpuluh puluh projek yang dibangunkan oleh Mahathir menemui jalan kegagalan dan akhirnya kerajaan akan menanggung kerugian tersebut melalui dasar “bailout”.

Azmin dengan megahnya mengumumkan projek air Selangor iaitu Splash yang menelan belanja berbillion tetapi sehingga kini tiada satu pun yang mampu dilakukan. Peruntukan yang dikeluarkan entah kemana.

Begitu juga dengan Guan Eng,akan lakukan perkara yang sama iaitu projek mega atau gajah putih yang mana menunjukkan keperihatinan mereka terhadap rakyat kononnya. Tetapi apabila  terowong Dasar laut telah gagal dan wang rakyat digunakan tetapi projek tidak ada.

Mahathir membina KLCC,SIC, Perwaja dan banyak lagi  semuanya untuk menjadi megah dimata rakyat, namun hasil dari pembinaan  tersebut tiada satu pun mendatangkan manfaat kepada rakyat. Hanya anak beranak, kroni sahaja yang terus kaya dan rakyat dipaksa membayar melalui konsesi yang dikenakan.

Dalam kaedah yang lain pula persamaan  ketiga manusia tamak ini, ilah mereka bertiga menggunakan kaedah 1 daripada 4 yang mana bermaksud, Ketiga tiga pemimpin ini akan melakukan sumbangan yang  mengejut dalam apa cara sekali pun setahun sebelum menghadapi pilihanraya.

Dalam tempoh setahun ini, kita akan melihat banyak peruntukan untuk rakyat seperti sumbangan sumbangan yang bersifat sekali dalam masa 4 tahun dilancarkan kepada semua golongan dakn keutamaan mereka ilah golonagan rakyat marhaen sahaja.

Kadang kala sumbangan tersebut hanya “salin nama” sahaja  untukmemperlihatkan bahawa itu lah sumbangan yang mereka berikan, wahal ianya adalah dari pihak lain. Sebagai contoh yang nyata dan dilakukan oleh Guan Eng ialah mengatakan sumbangan kepada Imam, pusat agama Islam adalah dari kerajaan DAP.

Perkara yang sebenarnya ialah sumbangan tersebut adalah sumbangan tahunan dari JAKIM kepada imam imam tetapi telah disalin nama dengan mengatakan bahawa sumbangan tersebut diberikan oleh kerajaan DAP.

Bila kita mahu bercerita tentang penjualan tanah  untuk setakat ini, Mahathir menduduki ranking no 1. Apabila pembongkaran penjualan tanah di Johor dengan bersekongkol dengan Muhyiddin . Penjualan tanh Hor seluas 54 ribu hektar kepada Singapura.

Hal yang sama juga dikuti dengan Guan Eng yang mana telah menjual tanah kerajaan di Pulau Pinang sehingga berbaki 5% sahaja lagi untuk rakyat . Penualan ini dilakukan kepada beberapa syarikat dan Individu termasuk Temasek di Singapura.

Membahagikan kekayaan  negeri dan Negara yang dilakukan oleh ketiga tiga pemimpin ini sama dan tidak ada percanggahan diantaranya. Persamaannya ialah menjadikan legasi masing masing mendapat kekayaan yang luar biasa hasil dari rompakan hak rakyat.

Kita pernah membaca kenyataan yang dibuat oleh ketiga tiga pemimpin ini , apabila kerajaan Barisan Nasional membahagikan kekayaan dan hasil Negara mepada rakyat dalam bentuk BR1M, maka sekoyang koyang ketiga mereka mengatakan ini adalah rasuah kepada rakyat.

Tetapi pada masa yang sama mereka merompak hasil Negara untuk  anak beranak mereka. Kerajaan membantu  rakyat walupun sedikit sudah cukup untuk ketiga pemimpin ini mengatakan itu adalah “gula-gula”, Rasuah dan banyak lagi gelaran diberikan.

BR1M diagihkan, mereka juga  mendakwa ia adalah ‘dedak’ dari Najib untuk rakyat. Walhalm ianya adalah jaringan keselamatan sosial, bantuan langsung yang masuk ke dalam isi rumah rakyat yang memerlukan. Tapi ‘dedak’ yang beliau tabur pada syarikat kroni-kroninya itu tidak pula beliau sebut dipentas.

Usaha politik ‘dinasti’, mengkayakan kroni dan menjaga kepentingan keluarga tersekat apabila Najib punyai pendekatan serta gaya pimpinan tersendiri yang lebih holistik. Berbagai perkara yang telah membebankan rakyat semasa pemerintahan Mahathir dahulu telah diambil oleh kerajaan.

IPP merupakan tamparan hebat kepada Kartel Mahathir yang mana mereka ini kehilangan RM19billion setahun hasil pembayaran subsidi bahan apai yang terpaksa kerajaan bayar. Pengambilan IPP telah menjimatkan wang Negara sebanyak RM19billion setahun.

Maka bermula ketiga tiga pemimpin ini membawa slogan “Selamatkan Malaysia” apabila kedudukan hasil rompakan mereka mula disiasat. Bermula juga mencari isu untuk membohongi rakyat dengan mengatakan sesuatu yang tidak masuk akal.

Keluarlah juga dengan mengatakan kerajaan pimpinan Najib ini zalim, kejam dan  akan membawa Malaysia kebangkrupan sedangkan hutang Negara sebenar kerajaan hanya sekitar 2% sahaja. Pada masa yang sama mereka lupa bahawa Defist negeri Selangor dan Pulau Pinang sudah hampir mencecah 1 Trillion.

Pelbagai cara untuk menindas rakyat, kenaikan cukai yang mencecah 400% malah ada yang lebih daripada itu, kenaikan cukai hartanah yang menyebabkan kenaikan harga rumah secara mendadak dan  segala akta diperalatkan demi legasi kuasa. Musuh-musuh politiknya ditalqin dan dikapan satu persatu, walau berpotensi. Anak-anak ‘diktator’ itu kaya-raya, mungkin ‘berkat’ menggunakan alamat niaga menggunakan kepala surat Seri Perdana, Pejabat Menteri Besar dan  Pejabat Ketua Menteri.

Sebenarnya siapa yang mahu mereka ‘selamatkan’? Keluarga mereka? Syarikat kroni? Dinasti politik? Rakyat? Sudah tentu tidak ada dalam perancangan  pemerintahan mereka Atau Malaysia yang kian hari terus makmur, stabil dan berdaya saing.

Di saat orang sedang memperkukuh agenda ekonomi dan memulihkan imej negara, mereka bersekongkol dengan pembangkang dan media asing durjana memperlekehkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Itukah yang dinamakan sebagai ‘Selamatkan Malaysia’?

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*