Bunuh Diri Sebab Rindu Ibu

Share This:

Seorang wanita ditemui mati dalam keretanya di hadapan sebuah restoran di Johor Bahru, pagi semalam.

Harian Metro melaporkan, wanita berusia 22 tahun itu dipercayai membunuh diri kerana merindui mendiang ibunya.

Kejadian disahkan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Shahurinain Jais yang berkata mayat mangsa ditemui dalam keadaan enjin kereta miliknya dimatikan, selain bekas arang terbakar di bawah kakinya.

” Pada 7.50 pagi, petugas di pejabat pertanyaan balai menerima panggilan dari Pusat Ambulans Johor Bahru memaklumkan terdapat seorang wanita meninggal dunia di dalam Perodua Bezza di hadapan restoran di Jalan Austin Height, Taman Mount Austin.

“Ketika kejadian enjin kereta si mati tidak dihidupkan, kereta berkunci dan tertutup,” katanya.

Hasil siasatan tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah.

“Mangsa yang beralamat di Jalan Jelita Taman Pelangi Indah, Ulu Tiram, dipercayai terlalu rindukan ibunya yang baru meninggal dunia.

” roses bedah siasat dilakukan di Hospital Sultanah Ismail (HSI) bagi mengetahui punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*