Wanita Bertudung Tetap Dirogol, Nik Elin Selar Kerajaan Kelantan

Share This:

Terbaru, Nik Elin Zurina binti Dato’ Nik Abdul Rashid dikatakan mempertikai pemakaian tudung oleh wanita dan menuduh hukuman Hudud yang dilaksanakan oleh kerajaan Kelantan pimpinan PAS sebagai tidak berkesan dan gagal melindungi kaum wanita Kelantan, susulan kes seorang penganggur di Kelantan dijatuhkan hukuman mati kerana merogol dan membunuh seorang suri rumah tiga tahun lalu.

“Berdasarkan maklumat daripada laman internet, mangsa rogol memakai tudung dan ia tetap tidak dapat menghalangnya daripada dirogol dan dibunuh di hadapan anak lelakinya yang berusia 5 tahun.”

“Hudud hanya melibatkan pencurian, minum arak, zina dan saksi palsu. Manakala (hukuman jenayah) membunuh terletak di bawah qisas yang bermaksud, pembunuh boleh mengelak dari hukuman gantung jika keluarga mangsa memaafkannya.”

Walau bagaimanapun,sebuah portal gagal untuk menemukan kewujudan laporan “laman Internet” yang dimaksudkan beliau, yang menyebut tentang mangsa sedang memakai tudung dalam rumahnya sewaktu kejadian pecah masuk sehingga menyebabkan mangsa dirogol dan dibunuh yang dianggarkan berlaku pada jam 12.30 tengah malam hingga 2 pagi.

Menurut sumber, Nik Elin juga menyelar kerajaan PAS yang dilihatnya sebagai gagal menentukan keutamaan dalam pentadbirannya dan hanya berminat dengan penutupan aurat wanita.

“Masalah dengan PAS adalah, PAS hanya berminat dengan perkara-perkara remeh seperti menutup rambut (aurat) bagi wanita. Itu perkara pertama yang dikuatkasakan selepas ia (PAS) memegang kuasa.”

“Perkara-perkara lain seperti hal ehwal ekonomi negeri tidak berapa penting baginya (PAS). Jadi kami (rakyat Kelantan) mempunyai masalah seperti pengangguran yang menyebabkan ramai rakyat terbabit dengan jenayah.”

Sebelum ini Nik Elin juga pernah mendakwa bahawa pelaksanaan hukuman sebat ke atas golongan wanita di Kelantan adalah akibat ketandusan hiburan di negeri itu kerana pusat hiburan di sana tidak banyak dan pemakaian tudung bukanlah perintah Tuhan di samping aurat wanita adalah di sekitar kemaluannya sahaja.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*