Tiga Rakan Artis Sabotaj Farid Kamil ?

Share This:

Tempoh hari Farid Kamil mengejutkan orang ramai apabila hadir ke balai polis membuat laporan, tetapi ramai berteka-teki tentang laporan dibuat beliau. Menerusi Astro Gempak, Farid mendakwa dirinya dianiaya tiga rakan artis yang meletakkan dadah di dalam minumannya.

Dalam laporan itu, Farid menjelaskan kekerasan yang dilakukannya tempoh hari disebabkan kesan minumannya yang dicemari dadah hingga membuatkan dirinya tidak waras. Farid juga mendakwa diberikan rokok bersalut sejenis cecair hingga dirinya berasa khayal.

“Ketiga-tiga rakan artis termasuk pelakon dan pengarah, penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B semasa 1990an serta seorang lagi pelakon yang tidak dapat didedahkan namanya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada 31 Januari.

Selain itu Farid juga menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap layanan pihak polis terhadapnya ketika direman, sehingga menyebabkan kecederaan kepadanya. Malah Farid turut mempersoalkan gambar penahanannya yang tular tempoh hari di media sosial.

Manakala Ketua Pegawai Penyiasat, SAC Fadzil Ahmat mengesahkan laporan polis yang dibuat Farid. Jelasnya lagi, pihak polis juga akan memastikan siasatan sepenuhnya dijalankan terhadap perkara itu.

Sumber:Rotikaya

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*