Saran Bayi Makan Suplemen, Neelofa Terdesak Kata Netizen

Share This:

Lazimnya suatu ketika dahulu stesen televisyen akan menjadi platform untuk memasarkan apa sahaja jenis produk.

 
Malahan bukan sebarangan produk yang boleh mendapat segmen di kaca tv. Hanya produk yang diluluskan dan pengusaha yang mempunyai modal besar sahaja mampu menyiarkan iklan di kaca tv. 
Masa berubah, kini teknik melariskan produk adalah menggunakan nama-nama besar sebagai agen pemasar. Golongan selebriti yang mempunyai ramai pengikut di media sosial sentiasa menjadi buruan pengusaha-pengusaha produk ini  untuk mengiklankan produk mereka. Antara yang menjadi sasaran pengusaha adalah pengacara, pelakon dan usahawan berjaya, Neelofa.
 
Neelofa sering menggunakan akaun instagramnnya untuk mempamerkan produk-produk yang diwakilinya. Terbaru perbuatannya berkongsi tentang suplemen untuk bayi telah ditegur seorang doktor bertauliah dan dikecam hebat oleh netizen.
 
Ada juga yang mengatakan Neelofa cantik tetapi tiada otak. Kasarnya bahasa netizen. Namun sehingga kini, Neelofa masih belum mebuat sebarang penjelasan mengenai perkara tersebut. 

Diharap semua selebriti dapat lebih berhati-hati ketika memilih produk yang ingin diwakili mereka. Sekiranya tidak diteliti, bimbang kesan sampingan kepada peminat setia yang sentiasa menyokong dan membeli produk-produk ini

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*