Rihanna ‘Lucky Charm’ Arsenal

Share This:

ARSENAL menundukkan Everton 5-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi Ahad dan kehadiran seseorang yang istimewa dikatakan membawa tuah kepada pasukan itu.

Peminat tegar bola sepak yang juga bintang popular, Rihanna adalah antara ribuan penyokong yang hadir di Stadium Emirates ketika itu.

Kehadiran artis yang pernah menjadi tajuk utama sepanjang Piala Dunia 2014 kerana komennya di Twitter itu telah membuatkan pemain Arsenal, Mesut Ozil menganggap penyanyi itu mungkin pembawa tuah kepada Arsenal.

Malahan, bintang berusia 29 tahun itu turut mengakui dirinya sebenarnya dalam diam meminati pasukan Arsenal.

Ozit turut tidak melepaskan peluang berkongsi swafoto bersama Rihanna dengan pengikut Twitternya.

“Masih belum terkalah bersama Riri,” tulis Ozil di Twitter, mengingatkan kehadiran Rihanna dalam kemenangan Jerman dalam final Piala Dunia 2014.

Pencapaian Arsenal memperoleh tiga mata penuh itu selepas Henrikh Mkhitaryan dan Pierre-Emerick Aubameyang membuat kemunculan pertama penuh dan Aaron Ramsey menjaringkan hatrik ke atas skuad The Toffees.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*