Rakyat Dah Lama Tahu PAN Tak Amanah

Share This:

Isu kesepakatan dikalangan pembangkang nampaknya masih lagi tidak dapat diselesaikan sehingga ke tahap yang cukup kronik dan menyebabkan gabungan itu semakin rapuh dan menjadi huru-hara.

Kewujudan Parti Amanah Negara (PAN) itu juga dikatakan dilihat hanya sebagai proksi DAP dan ditubuhkan DAP atas rasa marah pada PAS.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dikatakan menempelak AMANAH kerana ‘berbohong’ dengan mengatakan jawatankuasa rundingan kerusi untuk negeri itu masih belum lagi dibentuk.

“Amanah tidak berkata benar. Amanah tidak amanah. Kami sudah berjumpa empat kali kecuali nama jawatakuasa itu sebelum ini ‘Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri Selangor’ sekarang mereka mahu ubah kepada ‘Jawatankuasa Pengagihan Kerusi’, ahli jawatankuasa masih sama,” katanya kepada pemberita.

Menurut sumber, penganalisis politik, Mohamad Hisomuddin Bakar berkata, PKR menunjukkan sikap tidak yakin itu apabila mendapati Amanah dan Bersatu tidak cukup menonjol untuk menggantikan PAS.

Menerusi kajian visibility ,(ketampakan) dibuat di bawah, mereka mendapati kehadiran Amanah dan Bersatu gagal untuk menggantikan PAS di peringkat akar umbi.

Mereka dikatakan membuat roadmap sendiri dalam usaha untuk mengekalkan kerajaan Selangor iaitu PKR bertanding lebih 30 kerusi,” kata pengerusi eksekutif badan kajian bebas, Ilham Centre itu.

Menurut “roadmap” itu, PKR mensasarkan untuk bertanding di 20 kerusi yang ditandinginya dalam PRU13 lalu ditambah dengan 10 lagi kerusi yang dimenangi oleh PAS sekarang.

Ironinya ia menjadikan gabungan parti itu menjadi bercelaru dan huru hara,sekaligus tiada kesepakatan dikalangan pembangkang,perbalahan berlaku apabila Amanah sekarang gagal memaparkan pemimpin akar umbi mereka kepada umum.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*