#PRU14 : Pengundi Taiping Perlu Tolak Nga Kor Ming

Share This:

Pengundi-pengundi dalam Parlimen Taiping disaran supaya menolak Nga Kor Ming sebagai wakil rakyat di kawasan mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Langkah itu dilihat perlu demi kemajuan dan kesejahteraan kawasan Parlimen tersebut yang kini seolah-olah terbiar tanpa sebarang perubahan, kata Penganalisis Politik, Dr. Baharuddin Aziz.

Menurut beliau, sejak Kor Ming menjadi wakil rakyat di kawasan berkenaan pola ekonomi di Taiping tidak berubah sedangkan terdapat banyak perkara yang boleh dirancang untuk pembangunan masyarakat di kawasan berkenaan.

“Saya ada bertanya dengan beberapa orang penduduk di Taiping dan mereka kata wakil rakyat di situ tidak membuat kerja dengan elok.

“Dia cuma sebarkan politik kebencian, itu saja. Apa yang dia buat sangat untuk kemajuan Taiping, tidak ada,” katanya menurut laporan portal politik.

Baharuddin berkata, sebagai seorang Ahli Parlimen, Kor Ming sepatutnya tidak bersikap sedemikian, sebaliknya dia perlu melaksanakan tanggungjawabnya membela nasib rakyat di kawasannya dalam pelbagai aspek.

Katanya, banyak perkara boleh dilakukan oleh Kor Ming termasuk membangunkan kawasan Bukit Larut dan tempat-tempat bersejarah lain di situ agar ia boleh membawa pulangan kepada rakyat melalui aktiviti perniagaan dan ekonomi.

“Dia (Kor Ming) boleh membuat perancangan untuk menarik pelancong-pelancong datang ke Taiping memandangkan banyak kawasan-kawasan menarik yang boleh ditonjolkan menerusi sektor pelancongan.

“Di Taiping ini ada stesen ETS yang memudahkan pelancong untuk singgah ke situ. Tapi dia (Kor Ming) tidak ada perancangan,” ujarnya.

Justeru katanya, sudah tiba masa untuk Kor Ming ditolak oleh pengundi di kawasannnya pada PRU akan datang ekoran kegagalannya menunjukkan prestasi sebagai wakil rakyat selepas menyandang jawatan itu sejak dua penggal lalu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*