#PRU14 : Isu Pembahagian Kerusi Pakatan Melarat Ke Pulau Pinang Pula

Share This:

Pakatan Harapan (PH) nampaknya terus dibelenggu masalah pembahagian kerusi yang kini sudah melarat sampai ke Pulau Pinang, negeri yang ditadbir oleh DAP, parti komponen dalam PH.

Sebelum ini, pakatan pembangkang ada masalah berkaitan kerusi yang bakal ditandingi di Negeri Sembilan dan Selangor sampai berlakunya kejadian mengamuk dalam konvensyen pakatan negeri berkenaan.

Ingatkan di Pulau Pinang dan Selangor, dua negeri yang pakatan rasa diri mereka kuat tidak ada masalah dalam soal membahagikan kerusi sesama mereka, tapi rupa-rupanya ada. Nampaknya, masalah untuk agih-agih kerusi walaupun PRU14 sudah semakin hampir masih tidak selesai.

Semalam, pada Konvensyen PH di Pulau Pinang, mereka gagal memuktamadkan perkara itu. Sudahnya, ahli parti PH yang hadir diingatkan supaya patuh dan bersetuju dengan keputusan pembahagian kerusi untuk DUN Pulau Pinang yang akan dibuat pucuk pimpinan parti.

Pengerusi PH, semasa berucap kira-kira setengah jam dalam majlis itu, ulang kali menyebut betapa mustahaknya penyokong pakatan tidak bantah keputusan pembahagian kerusi. Ada ketakutan di wajah Mahathir selepas apa yang terjadi di Negeri Sembilan sampai mengamuk sebaik selesai pengumuman pembahagian kerusi.

“Kita akui akan ada masalah pembahagian kerusi, akan ada rasa kecewa apabila kawasan yang diharapkan dapat kepada parti lain

“Parti lain pun kecewa sebab tidak dapat semua kawasan yang dituntut,” katanya.

Kenyataan Mahathir itu seolah-olah memperkuatkan lagi desas-desus PH yang diketuai DAP di Pulau Pinang sehingga kini masih gagal mencapai kata sepakat berhubung pembahagian kerusi DUN negeri ini.

Difahamkan, sebanyak 11 kerusi DUN yang merupakan majoriti pengundi Melayu ketika ini menjadi rebutan antara Parti PAN, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PKR ketika ini.

Jika berdasarkan andaian Parti Amanah Negara (PAN) akan bertanding di semua kerusi yang ditinggalkan PAS iaitu lima kerusi, ini bermakna PPBM dan PKR perlu berkongsi enam lagi kerusi dengan majoriti Melayu.

Bagaimanapun, difahamkan PPBM menuntut lebih banyak kerusi di Pulau Pinang sekali gus menyebabkan PKR terpaksa melepaskan 10 kerusi sedia ada mereka iaitu sesuatu yang sukar dipersetujui pucuk pimpinan PKR ketika ini.

Mereka akan terus berbalah, bertekak dan bercakaran sesama sendiri. Apabila gagal mencapai kata sepakat nanti apabila sudah dekat dengan pilihan raya umum, mereka akan bertanding sesama sendiri pula nanti di kerusi Parlimen dan DUN.

Sudah tukar nama pakatan pun perangai berebut kuasa masih sama, masing-masing kononnya mengakui mereka lebih hebat berbanding parti lain dalam pembangkang.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*