PH Di Selangor Sudah Jadi Pakatan Hancur

Share This:

SELANGOR merupakan antara negeri kebanggaan DAP. Bayangkan sebuah negeri yang paling kaya di Malaysia bertukar menjadi sebuah negeri yang hampir muflis di bawah pentadbiran pakatan harapan. Defisit negeri ini hampir mencecah satu bilion ringgit.

Namun begitu, pakatan masih lagi mahu “menyedut” sisa sisa kekayaan Selangor hingga ke titisan terakhir. Persoalannya, mampukah mereka berbuat demikian memandangkan keadaan pakatan di Selangor kini sudah bertukar menjadi pakatan hancur?

“Its about time” perkara ini berlaku. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa DAP tidak pernah mahu Azmin menjadi Menteri Besar Selangor sejak dari mula lagi. DAP dan PKR sama-sama mencalonkan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar. Bagaimanapun, DYMM Sultan Selangor menegaskan bahawa Pakatan Rakyat harus mencadangkan tiga nama lain tetapi surat cadangan hanya ada satu nama, tetap Wan Azizah dan ianya ditolak.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kemudian menghantar surat baru yang mencadangkan tiga nama, salah satu daripadanya nama Azmin Ali, dan Sultan bersetuju melantik Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baru untuk menggantikan Khalid Ibrahim.

Perkara ini menyebabkan Lim Kit Siang sangat marah dengan Hadi Awang lalu beliau mengumumkan Pakatan Rakyat dibubarkan. Puak pro-DAP dalam PAS kemudian meninggalkan parti itu dan membuat sebuah parti baru yang dipanggil PAN, dan selepas itu Kit Siang menubuhkan Pakatan Harapan dan menjemput PAN untuk bergabung dengan mereka sebagai anggota gabungan.

Itu kisah beberapa tahun yang lalu. Namun DAP sebagai sebuah parti yang bongkak dan angkuh tidak pernah melupakan dendam mereka terhadap Azmin Ali. Parti PAN yang membawa suara DAP sedang “menganyang” Azmin Ali.

Menteri Besar Selangor itu turut menyumbang kepada keadaan huru hara ini memandangkan beliau masih berharap untuk bergantung harapan kepada parti PAS yang secara jelas dan nyata telah ditolak oleh DAP yang memimpin pakatan harapan.

Ironinya, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi menyatakan kesediaan PAS Selangor untuk menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar. Minggu lalu, Khalid yang kini menjadi ADUN bebas berkata beliau tidak akan menyertai PAS namun akan membantu kempen parti itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Keadaan huru hara ini tidak setakat itu sahaja. Malah “perang mulut” berlaku diantara parti PAN dan Azmin Ali. Mereka saling tuduh menuduh. Keadaan sememangnya amat kelam kabut. Kini Pakatan harapan bertukar menjadi “Pakatan Hancur”.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*