Penganggur Bakal Berdepan Hampir 600 Pertuduhan Merogol

Share This:

Penganggur yang berdepan 334 pertuduhan merogol anak saudaranya berusia lima tahun, bakal berdepan 253 lagi dakwaan rogol kerana melakukan perbuatan sama terhadap kakak mangsa yang berusia 17 tahun, lapor mStar Online.

Menurut laporan, tertuduh juga akan didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang dibawa bersama Seksyen 511 juga peruntukan sama atas tuduhan cuba merogol seorang lagi kakak mangsa berusia 10 tahun.

Tertuduh bagaimanapun, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dibacakan pada Jumaat lalu, sementara Hakim Mohamad Kamil Nizam menetapkan 13 Mac untuk sebutan kes.

Tertuduh melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah pangsa di Ampang antara Januari 2010 dan Mac 2014.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*