Penalti Kedua Kane, Gol Salah Penyelamat The Reds

Share This:

ANFIELD: Peluang mengambil sepakan penalti kedua penyerang Tottenham Hotspurs, Harry Kane hanya beberapa minit sebelum berakhirnya perlawanan memberi pasukannya satu mata di Anfield dalam pertemuan yang berkesudahan seri 2-2.

Liverpool mendahului bagi majoriti permainan namun selepas pemain pertahanan Virgil Van Dijk melanggar Erik Lamela, pengadil Jon Moss meniup wisel bagi memberi penalti kepada Spurs.

The Reds mendahului seawal minit ke-3 apabila penyerangnya Mohamad Salah menjaringkan gol selepas Eric Dier melakukan kesilapan.

Namun, Spurs kembali mengikat kedudukan selepas Victor Wanyama menyumbat masuk gol pada minit ke-80.

Bagaimanapun, dalam minit-minit terakhir, penjaga gol Liverpool, Louis Karius dapat menyelamatkan penalti pertama Kane sebelum Salah menjaringkan gol pada minit pertama masa kecederaan.

Nyata kelebihan itu tidak kekal lama selepas Kane diberikan peluang dengan penalti kedua perlawanan untuk menyamakan kedudukan, sekali gus memberi satu mata untuk setiap pasukan.

Keputusan tersebut mengekalkan Liverpool di tempat ketiga dalam Liga Perdana Inggeris, manakala Spurs berada pada kedudukan kelima.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*