Pembangkang Bawa Ancaman Islam Liberal Dan Pluralisme

Share This:

Mereka menyalah tafsirkan ayat Allah yang berbunyi; “Tidak ada paksaan dalam agama”. (Al-Baqarah; 256)

Bagi kelompok Islam liberal yang jahil ini mereka berhujah bahawa hak untuk murtad menurut mereka adalah kebebasan beragama yang juga diakui oleh al-Quran.  Seseorang yang menerima fahaman liberalisme ialah orang yang liberal. Liberalisme pula ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi.

Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang. Dalam fahaman liberalisme, pelbagai aliran dengan nama “liberal” mungkin mempunyai dasar dan pandangan yang berlainan, tetapi secara umumnya aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip berikut termasuk kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian,

Dengan kata lain, tidak banyak perbezaannya liberalisme dengan komunisme kerana kedua-duanya ialah alat pihak Barat dalam menakluk sesebuah negara itu melalui dasar-dasar yang diciptakan oleh mereka.

Islam Liberal adalah satu fahaman sesat yang berpunca dari sifat tidak yakin diri,merasa rendah diri dan mengagung-agungkan gaya pemikiran Barat oleh segolongan orang Islam

Mengguna label Islam liberal dengan memperjuangkan hak kebebasan dan hak asasi manusia, umat Muslim sebenarnya sudah diresapi dengan ‘akidah’ liberalisme dan pluralisme yang menjadi agenda dalam doktrin Yahudi-Kristian dalam menghancurkan Islam melalui pemesongan akidah Muslim

Oleh itu, kita tidak harus memberikan muka pada orang yang berkefahaman liberal kerana orang sebegini contohnya seperti Ketua Pembangkang akan lebih mementingkan kaum lain dari membela nasib bangsanya sendiri yang lebih ketinggalan dari segenap bidang.

Orang yang mengamalkan sikap Liberal ini adalah orang  yang hidup dalam serba kemewahan dan dilahirkan dalam seba kemewahan. mana mungkin orang sebegini mempunyai sifat nasionalisme dan sayang akan agama, bangsa dan negaranya.

Mungkinkah dia dapat meletakkan dirinya di tempat orang kampung yang anak mereka serba kekurangan dalam segenap segi, tak pernah merasai kemewahan hidup serta mendapat apa sahaja yang diingininya tanpa sebarang masalah kerana keluarganya tidak mempunyai wang yang cukup? Sudah tentu tidak.

Melayu liberal adalah golongan yang mementingkan diri sendiri kerana tidak pernah memikirkan masa depan bangsa, terutama selepas mereka menikmati kehidupan yang selesa. Melayu alat pula adalah yang sering terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu sehingga mudah diperalatkan tanpa memikirkan natijahnya terhadap masa depan negara dan bangsa.

Golongan itu menganggap perjuangan Melayu ketinggalan zaman dan ada yang tidak mendaftar sebagai pemilih dan ini adalah satu tindakan yang merugikan bangsa dan parti.

Melayu  yang  lemah akan menjadi alat kepada orang lain sehingga menyebabkan mereka mudah diperkotak-katikkan dan membantu memudahkan jalan pihak tertentu bagi melancarkan agenda untuk menghancurkan bangsa Melayu

Melayu liberal dan Melayu alat sama sahaja iaitu spesis manusia tidak mengenang budi, tidak sedar diri, serta suka melihat bangsanya sendiri ditindas oleh kaum lain yang lebih kuat asalkan fahaman yang mereka bawa diterima dan tidak memikirkan kehancuran yang bakal berlaku.

Golongan inilah yang dikenali sebagai golongan Muslim Liberal yang dipelopori oleh golongan cendiakawan dan intelek yang merasa mereka terlajak pandai dengan kehebatan pemikiran mereka yang dirasakan terlalu hebat.

Kerana terpengaruh dengan fahaman pluralisme inilah maka sebuah NGO muslim (iaitu Sisters In Islam) telah turut menyokong penubuhan InterFaith Council (IFC) atau Majlis/Suruhanjaya Antara Agama-Agama. Suruhanjaya Antara Agama ini dicadangkan oleh MCCBCHS atau Majlis Kristian Budha Hindu dan Sikh Malaysia melalui memorandum yang telah dihantar ke Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001.

Mereka tidak mahu memisahkan diri dengan agama, namun menggunakan agama sebagai alat pelindung terhadap kekacauan pemikiran mereka.  Mereka amat memerlukan agama tetapi agama sekadar dijadikan kosmetik untuk mencapai kepentingan dunia dan mereka menganggap merekalah pejuang agama yang sebenarnya.

Antara contoh-contoh Melayu liberal dan Melayu alat ialah mereka yang melemahkan bangsa mereka sendiri  dari dalam, mengutuk sesame sendiri dan mengadu domba  serta lebih mementingkan agenda mensama-ratakan hak rakyat Malaysia ini.

Mana mungkin hak boleh disamakan bila kaum Cina telah terbukti menguasai ekonomi negara dan juga majikan di syarikat swasta yang terdiri dari kaum Cina hanya mahukan sesama Cina bekerja dengan mereka?

Jangan nak kata Melayu itu perkauman bila ada kaum yang mempunyai kaitan dengan parti komunis PAP di Singapura itu lebih perkauman serta telah menindas Melayu di negeri yang dikuasai mereka.

Tambahan pula sejak akhir akhir ini ada dikalangan orang orang Melayu yang sudah berani memperjuangkan Ideologi Melayu Liberal dimana mereka mahu diwujudkan kesamarataan . Gerakan Islam Liberal di Malaysia tidak harus dipandang ringan.

Ini kerana ia bukanlah bersifat ancaman akidah semata-mata, malah turut berkait rapat dengan nilai-nilai akhlak dan identiti Islam itu sendiri. Oleh itu, perkara ini mesti diambil perhatian secara serius, bagi mengekang penyebaran fahaman ini dalam kalangan umat Islam

Kelompok ini yang menjadi racun, saya sebut ini adalah Melayu yang makan Melayu, Melayu yang menjadi racun kepada Perlembagaan. Tidak mustahil mereka yang mencetuskan semua ini. Mereka yang nak jadi juara memperjuangkan hak sama rata, tanpa memahami sejarah Perlembagaan secara semangatnya.

Darinya juga, penganut fahaman Islam liberal menyeru agar dibenar perkahwinan campur antara agama kerana semua agama adalah benar dan betul dan perkahwinan sebegini sememangnya telah diamalkan di Indonesia menunjukkan kejayaan besar golongan Islam liberal di sana

Mereka melihat Perkara 153 itu seolah-olah membawa pandangan buruk kepada Melayu, mereka rasa keistimewaan itu macam bantuan kepada orang cacat, benda yang buruk kepada orang Melayu. Ini menjadikan orang memijak Perlembagaan.

Mereka ini tali barut yang menjadikan Perkara 153 dan orang Melayu sendiri bencikan keistimewaan Melayu. Kita tidak menafikan perkembangan mutakhir ini menunjukkan wujud dua Melayu iaitu Melayu liberal dan Melayu Perlembagaan.

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*