Pegawai Kanan Polis Ditahan Miliki Toyota Estima Curi

Share This:

Polis tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggotanya yang terbabit jenayah.

 
“Tindakan tegas akan diambil sekiranya mereka didapati melanggar undang-undang dan peraturan sedia ada tanpa menyebelahi mana-mana pihak.”
 
Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata sedemikian ketika mengulas mengenai penangkapan pegawai kanan polis yang disyaki memiliki kenderaan curi.

 

 
Memetik BH Online, penangkapan suspek berusia 34 tahun itu dilakukan kelmarin di Sabak Bernam hasil maklumat dan risikan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman berhubung pemilikannya ke atas Toyota Estima yang dilaporkan hilang di Butterworth, Pulau Pinang pada 2013.
 
Tambah Mazlan, polis menemui kenderaan terbabit di rumah suspek yang kemudian dirampas untuk siasatan.
 
“Pasukan serbuan menahan lelaki ini kerana gagal memberi keterangan berhubung kenderaan dimilikinya itu.
 
“Hasil ujian saringan air kencing ke atas lelaki itu didapati negatif,” katanya.
 

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencuri kenderaan bermotor.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*