“Memandangkan Ia Masih Belum Lagi bankrup, Ia Membuktikan Keputusan Kami Adalah Betul”

Share This:

“Memandangkan ia masih belum lagi bankrup, ia membuktikan keputusan kami adalah betul”

Dalam satu artikel Free Malaysia Today semalam, Lim Guan Eng hari ini terus membela projek jalan utama-terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion terhadap tuduhan-tuduhan salah laku.

Guan Eng berkata bahawa kemenangan DAP di Pulau Pinang pada PRU13 pada tahun 2013 membuktikan bahawa rakyat Pulau Pinang menyokong projek penuh kontroversi ini.

Beliau menyifatkan bahawa undi untuk DAP ketika itu adalah undi bagi projek terowong dan 3 jalan raya Pulau Pinang.

Guan Eng juga mengakui bahawa Timbalan Presiden MCA Wee Ka Siong betul dalam menggariskan keadaan kewangan yang lemah syarikat SPV itu pada waktu ia dianugerahkan projek mega itu – tetapi itu tidak penting.

Inilah yang dilaporkan:

“Guan Eng berkata walaupun Wee menegaskan bahawa SPV projek itu, Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, sedang mengalami masalah kewangan semasa ia dianugerakan kontrak itu pada 2013, sehingga hari ini ia masih tidak baknrup.”

“Walaupun kami tidak dapat menjawab bagi pihak syarikat itu, jawatankuasa tender Pulau Pinang yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang membuat keputusan yang tepat kerana sehingga hari ini, lima tahun kemudian, syarikat yang dikatakan ‘bermasalah dari segi kewangan’ ini masih maju dan belum bankrup,” katanya.

Ya, anda membaca dengan betul!

Ia tidak penting bahawa sebuah syarikat yang bermasalah dari segi kewangan yang baru berusia 82 hari tanpa sebarang rekod prestasi dianugerahkan projek bernilai RM6.34 bilion oleh kerajaan negeri.

Mungkin hakikat bahawa syarikat itu menerima bayaran RM209 juta dalam pembayaran daripada kerajaan negeri untuk melakukan laporan yang mahal itu ada kaitan dengannya masih belum bankrup lagi?

Hakikat bahawa ia belum lagi bankrup adalah bukti yang cukup bahawa keputusan untuk memberikannya projek mega adalah betul – walaupun laporan penuh masih belum selesai dan sebarang pembinaan jalan atau terowongan masih belum dimulakan setelah hampir 5 tahun.

Itulah logik Guan Eng.

Tulisan asal oleh:
Eric See-To, Facebook Eric See-To, 5 Februari 2018

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*