Makin Ramai Lelaki Lakukan Pembedahan Kecilkan Payudara

Share This:

“Saya sedar ada perubahan tidak normal di bahagian dada sejak beberapa bulan lalu. Ia amat memalukan dan memberi tekanan kepada saya.”

Itulah yang berlaku kepada Sameran Gupta, 20 seorang lelaki yang kini mengalami tekanan dan memilih untuk menjauhkan diri daripada rakan-rakan selepas menyedari buah dadanya semakin membesar.

Teman wanitanya yang bimbang dengan keadaan itu memaksa Sameeran berjumpa dengan doktor sebelum dia disahkan menghidap gynaecomastia iaitu gejala pembesaran buah dada lelaki.

” Pemeriksaan kesihatan mengesahkan yang saya menghidapi gynaecomastia dan saya sudah pun menjalani pembedahan mengecilkan buah dada,”┬ákata Gupta.

Memetik Mail Today, Dr Anup Dhir, pakar bedah kosmetik plastik dan andrologi kanan di Hospital Apollo memberitahu bahawa pembedahan mengecilkan payudara lelaki adalah amalan biasa dalam masyarakat urban hari ini.

“Trend ini semakin meningkat dalam kalangan orang muda kerana mereka terpengaruh dengan filem yang memaparkan dada pelakon lelaki yang terbentuk cantik.

“Namun, pembesaran buah dada sememangnya satu isu kesihatan yang serius. Kita melihat kira-kira 10 kes sebulan dan hanya dua atau tiga pesakit yang akan menjalani pembedahan gynaecomastia.

“Kos pembedahan ini dianggarkan antara INR75,000 (RM4,551) hingga INR150,000 (RM9,102),”katanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*