LGBT Diklasifikasi Sebagai Gangguan Mental Di Indonesia

Share This:

 

Penularan homoseksualiti semakin lama semakin membimbangkan dunia apabila ia bukan sahaja berlaku di negara barat malah di mana-mana negara.

Amalan toleransi dilihat semakin mundur di Indonesia apabila kementerian kesihatannya pada Jumaat memberitahu ia akan mengeluarkan garis panduan kesihatan yang mengklasifikasikan homoseksualiti sebagai gangguan mental.

Bercakap kepada Efe News, pengarah Pencegahan dan Kawalan Masalah Mental kementerian itu berkata, menurut garis panduan badan pseudo-psikiatrik, komuniti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) berisiko mengalami gangguan mental berikutan orientasi seksual mereka.

Menurut sumber, garis panduan itu bersandarkan pada dua laporan, yang pertama dirangka pada 2016 oleh Persatuan Pakar Psikiatri Indonesia dan laporan kedua diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan, tahun lalu.

Persatuan yang diterajui pakar-pakar psikiatri itu turut mengesyorkan beberapa hak golongan LGBT seperti akses rawatan dan kesedaran perubatan.

Dalam pada itu, pasangan sejenis yang berhasrat untuk melancong ke Indonesia mungkin perlu mempertimbangkan semula hasrat mereka kerana seks sejenis disabitkan sebagai satu kesalahan yang boleh dihukum penjara sehingga lima tahun.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*