Kantoi Berkali-kali, Ahok Lama Bersabar Dengan Karenah Isteri

Share This:

Bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok kini terus berhadapan dengan masalah rumah tangga sehingga ia mendapa liputan meluas media Indonesia.

Ahok ketika ini sedang menjalani hukuman penjara dua tahun selepas disabit bersalah menghina Islam.

Menurut sumber, bulan lalu, orang kanan Presiden Joko Widodo (Jokowi) itu bertindak memfailkan perceraian terhadap isterinya, Veronica Tan dari penjara.

Ahok mengesyaki isterinya bermain kayu tiga dengan ‘teman rapat’ dikenali sebagai Julianto Tio.

Mengulas perkara itu, adik kandung Ahok, Fifi Lety Indra menjelaskan abangnya telah lama bersabar dengan kerenah Veronica.

Malah katanya, Ahok juga pernah bersemuka dengan ahli perniagaan itu supaya tidak lagi bermain cinta dengan isterinya.

“Veronica kantoi berkali-kali, tetapi dia tetap mahu menjalin hubungan dengan Julianto.

“Orang gelar Ahok dayus…tetapi ramai tidak tahu bahawa dia secara gentlement telah bersemuka dengan Julianto.

“Bayangkan seorang gabenor datang merayu supaya isterinya tidak diganggu. Padahal waktu itu, Ahok adalah individu paling berkuasa di Jakarta.

“Kalau saya jadi Ahok, mungkin Julianto sudah hilang tanpa jejak,” ujar Fifi.

Dalam pada itu, rata-rata netizen menganggap Julianto memiliki isteri yang jauh lebih jelita daripada Veronica, selepas gambar wanita itu tersebar di media sosial sejak minggu lalu.

Malah kebanyakan warga maya kebingungan dengan sikap Julianto yang terus memburu Veronica, sedangkan dia sudah mempunyai seorang isteri yang cantik.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*