JDT Rai Kemenangan, Hadiahkan TMJ Aston Martin

Share This:

Sabtu lalu, kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menghadiahkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sebuah kereta Aston Martin sempena meraikan kemenangan menjuarai piala yang ke-10 iaitu Piala Sumbangsih 2018.

Menurut sumber, dalam siaran terbaru laman Facebook Johor Southern Tigers, memaklumkan kereta tersebut berkonsep Johor iaitu dengan warna merah dan biru.

“Sempena meraikan kemenangan menjuarai piala yang kesepuluh, pemain-pemain dan barisan kejurulatihan pasukan Johor Darul Ta’zim telah menghadiahkan DYAM Tunku Mahkota Johor sebuah kereta Aston Martin yang berkonsep Johor (merah biru).

“Allah Peliharakan Sultan,” seperti dipetik dari laman Facebook Johor Southern Tigers di sini hari ini.

Semalam, JDT melakar kemenangan 2-1 ke atas Kedah sekali gus memenangi trofi Piala Sumbangsih 2018 hasil jaringan Luciano Figueroa dan Marcos Antonio.

Skuad Harimau Selatan pada awalnya ketinggalan satu gol hasil jaringan penyerang import Kedah, Pablo Pallares.

Bagaimanapun Figueroa berjaya menyamakan kedudukan sebelum Marcos Antonio menambah jaringan buat JDT yang menyaksikan pasukan tuan rumah menang dengan jaringan 2-1.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*