My Way Dahulu Dan Sekarang Tidak Lagi Sama

Share This:

Umum mengetahui bahawa antara lagu kegemaran Tun Dr Mahathir yang kerap dinyanyikannya di hampir semua majlis yang dia hadiri adalah lagi My Way dendangan asal Frank Sinatra. Pergilah kemana sekalipun, seandainya da yang meminta dia menyampaikan lagu, pasti lagu ini akan dipilih.

Sebelum ini, dia pernah menyatakan bahawa lagu itu cukup memberikan kesan terhadap dirinya dalam menguruskan Malaysia semasa dia masih menjadi Perdana Menteri. Secara tidak langsung, lagu berkenaan menyampaikan mesej jelas bahawa dia meminta rakyat untuk mengikuti rentak dan haluan yang telah dia tetapkan sepanjang dia menjadi Perdana Menteri.

Ironinya, hari ini, lagu My Way berkenaan tidak lagi sesuai untuk diikuti oleh rakyat Malaysia. Manakan tidak, jika dahulu diia boleh berbangga dengan perkataan My Way yang memberi maksud, membawa rakyat kearah bersatu padu dan mencapai sebuah negara yang makmur mengikut acuannya, hari ini, My Way berkenaan lebih kepada kehancuran perpaduan, ekonomi dan kemakmuran negara.

Satu ketika dahulu, Mahathir begitu giat menanam doktrin bahawa DAP dan pembangkang akan membawa kehancuran kepada negara. Malah, Mahathir jugalah yang mendakwa Datuk Seri Anwar adalahs eorang peliwat dan menjadi contoh kepada kerosakan akhlak. Hari ini, Mahathir tanpa segan silu menyertai mereka yang pernah dicemuh dan dihina.

Lebih teruk lagi, satu ketika dahulu, Mahathir jugalah yang bertanggungjawab membawa perubahan kepada ekonomi negara. Dari sebuah negara yang bergantung penuh kepada asas tani, dia membawa perubahan kepada sumber ekonomi berasaskan perindustrian. Hari ini, Mahathir sendiri mahu menjahanamkan ekonomi negara menerusi beberapa tindakan yang dilihat sengaja mahu mensabotaj ekonomi negara.

Tidak cukup dengan itu, Mahathir juga yang menanamkan iktikad kesetiaan kepada pemimpin namun hari ini, apa yang ditunjukkan Mahathir, begitu berlawanan sekali dengan prinsip yang cuba diterapkan dikalangan rakyat itu sendiri. Dia tanpa segan silu mempelawa rakyat Malaysia untuk menjatuhkan pemimpin yang dipilih secara demokrasi. Adakah ini My Way yang perlu diikut oleh rakyat?

Usah kaburi pandangan mata rakyat dengan penampilan bertanjak, berbusana Melayu berwarna merah, namun di sebalik semua itu, dendangan lagu My Way juga di didendangkan. My Way yang dahulu Mahathir dendangkan mungkin masih boleh diterima rakyat kerana dia cuba membawa perubahan kepada negara.

My Way kali ini sudah tidak boleh lagi diikuti. My Way kali ini lebih banyak membawa kehancuran daripada kebaikan. Mungkin bagi Mahathir, Mukhriz mahupun Muhyiddin, My Way yang didendangkan baru-baru ini melambangkan pergerakan mereka. Namun, dalam istilah sebenar, My Way terbaru Mahathir lebih kepada memaksa semua orang mengikut rentak dan kemahuannya semata-mata.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*