Cukup-Cukuplah Tu…

Share This:

Memang sukar untuk seseorang manusia melepaskan kuasa dan jawatan yang disandang. Selagi boleh, jawatan yang disandang itu mahu di bawa sehingga ke penghujung nyawa walaupun ramai dikalangan ahli bawahan mencemuh dan mahukan seseorang itu menyerahkan jawatan yang disandang.

Satu ketika dahulu, di kalangan ahli UMNO, ramai yang mahu Presiden UMNO pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berundur. Walaupun dia pada ketika itu mampu membawa perubahan ekonomi terhadap negara, namun disebabkan dia mentadbir terlalu lama, maka wujudlah desakan untuk meminta dia berundur dan digantikan dengan orang yang lebih muda.

Hasilnya, Mahathir akhirnya memilih untuk berundur pada 2003 dan tempatnya diambil alih oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri kelima. Namun, Mahathir tetap Mahathir dan segala kemahuannya perlu dipenuhi walaupun pada ketika itu dia sudahpun bersara. Hal yang sama turut berlaku hari ini dimana Mahathir, pada usia 93 tahun, mengetuai Pakatan Harapan untuk menjatuhkan kerajaan hari ini.

Sikap yang sama tidak terhenti kepada Mahathir semata-mata. Hari ini, di dalam Pakatan Harapan mahupun di dalam UMNO, masih terdapat pemimpin yang masih lagi mahu memimpin parti ataupun menjadi Ketua Bahagian walaupun usia pentadbiran mereka sudah melebihi angka 20 tahun.

Bukan mahu menidakkan apa yang mereka lakukan selama ini, namun dari kedudukan yang mereka pertahankan selama lebih 2 dekad, adakah mereka merasakan kedudukan berkenaan akan dibawa sehingga nafas yang terakhir? Bagaimana pula pemimpin muda yang sedang berkira-kira menunggu ruang untuk meningkat? Bukankah dengan sikap tamak ini bakal menyekat peluang mana-mana pemimpin muda untuk meningkat?

Sehingga kini, terdapat, sekurang-kurangnya pemimpin Bahagian UMNO yang sudah mengetuai Bahagian masing-masing melebihi 10 tahun. Malah, ada diantara mereka kini diketahui sebagai tidak mempunyai pendirian yang jelas samada masih berpihak kepada UMNO ataupun menyebelahi pembangkang.

Di pihak pembangkang pula selain daripada nama Mahathir, Lim Kit Siang, keluarga Anwar Ibrahim dan beberapa yang lain dikenali sebagai pemimpin autokratik kelahiran pembangkang. Mereka tidak akan sesekali melepaskan jawatan mereka kepada mana-mana pihak selagi mana hayat mereka dikandung badan.

Bagi UMNO pula, apalah salahnya mereka mengikut nasihat yang diutarakan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Meremajakan UMNO jauh lebih utama dari terus mempertahankan jawatan sehingga rakyat melihat UMNO seperti sebuah parti yang dipenuhi oleh warga emas.

Rasanya nasihat ini cukup berguna buat mana-mana pemimpin Bahagian UMNO yang dilihat masih berkeras mahu mempertahankan jawatan masing-masing walaupun sudah melebihi 10 tahun dan akar umbi juga sudah mula menyuarakan perubahan. Paling utama, mana-mana Ketua Bahagian yang sudah tidak mempunyai jiwa UMNO, silalah nyatakan pendirian dan pergilah memperjuangkan parti yang mereka sokong dari terus menjadi musang berbulu ayam.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*