Cantik Rupa Ibu Tiri Dan Ayah Kandung Aina, Rupa Elok, Manis, Tapi…

Share This:

Sungguh tragis pemergian arwah adik Nur Aina mengudang pilu orang ramai dan seluruh Warga Sekolah Kebangsaan Lukut (SKL) Guru-guru dan murid-murid sekolah mengadakan bacaan Yasin dan tahlil untuk rakan mereka, Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9, yang meninggal dunia akibat didera.

Menurut sumber mengatakan, arwah bersekolah di SKL di kelas Tahun Tiga Venus, media melaporkan Nur Aina Nabihah disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar Seremban selepas dia ditemui tidak sedarkan diri oleh bapanya di kediaman mereka di Taman Vista Jaya Lukut.

Bedah siasat ke atas kanak-kanak itu mendapati dia mengalami kecederaan parah pada organ dalaman.

Berikutan itu bapa kandung yang juga anggota tentera dan ibu tiri kanak-kanak itu ditahan polis semalam.

Ini pula ulasan seorang pelayar media sosial yang mendedahkan wajah ayah dan ibu tiri arwah Nur Aina jika di lihat pada wajah dan perilaku mereka seseolah sebuah keluarga yang bahagia ikuti ulasan Nursafinas Anuar dilaman sosial nya amat menyentuh hati.

“Saya selalu kena pukul, lama-lama saya boleh mati”

Cantik rupa ibu tiri dan ayah kandung dia. Rupa elok, manis, tutup sempurna, macam keluarga idaman. Soleh dan solehah. Tapi hakikatnya, hanya Tuhan yang tahu.

Malam tadi agak free, jadi saya scroll tentang berita Nur Aina. Ramai yang mengecam pihak sekolah, para jiran, ibu kandung mangsa dsb. Mungkin ada info yang mereka tak tahu. Jadi saya tulis di sini :

Guru Besar pernah panggil ayahnya ke sekolah berkenaan kesan lebam dan kecederaan Nur Aina yang agak jelas, tapi dimarahnya pula Guru Besar terbabit.

Saya text sendiri jiran sebelahnya, pada pendapat saya, cuma beberapa orang jiran sahaja yang pernah nampak lebam Nur Aina. Jiran tersebut ada inisiatif untuk bertanya, tapi arwah kata dia terjatuh. Bapanya juga mengaku memang garang, tapi tak pernah sentuh anak-anaknya. Jiran juga mengaku selalu dengar suara ayahnya mengamuk dan memaki, tetapi tak ada suara menangis / merintih / minta tolong / menjerit dsb. Itu lah asbab kenapa tak ada seorang pun jiran yang ke depan.

Sebelum meninggal, Nur Aina sempat pergi mengaji bersama abang kandungnya di rumah depan (jiran), guru mengaji kata arwah agak pasif waktu itu. Guru mengaji juga bertanya tentang lebam arwah, katanya terjatuh juga.

8 bulan lepas, ibu kandung ada buat laporan polis tentang kecederaan Nur Aina, kes berpanjangan hingga ke mahkamah tapi kemudiannya dilepaskan atas dasar ‘ayah mendidik anak’. (Timbalan pendakwaraya mesti menyesal).

Sebelum kena gari, ibu tiri Nur Aina sempat mengirim whatsapp dalam group kelas / sekolah anak tirinya untuk inform yang Nur Aina meninggal sewaktu tidur. Ibu tiri juga pernah beritahu guru di sekolah yang arwah agak manja dengannya.

Wallahualam.. Ramai yang ambil berat dengan arwah, tapi mungkin kesungguhan tu kurang. Manusia mudah mengkritik, sedangkan tak kena pada diri sendiri. Daripada mengkritik dan mempersoalkan, lebih baik doa yang baik-baik. Al-fatihah untuk arwah adik Nur Aina Nabihah. Syurga lah tempat kamu.

Yang rajin menulis,
Credit NSA

Semoga roh arwah adik Aina tenang disana, semoga ibu tiri dan ayah nya akan mendapat hukuman yang setimpal. Al fatihah.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*