Bukan Cium Mulut!!- Sajat

Share This:

Usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman mengejutkan salah seorang netizen dan mengundang pelbagai reaksi apabila dia memuat naik beberapa gambar dua anak angkat  bercium di laman sosial Instagramnya pada malam Sabtu.

Walaupun ruangan komen pada ‘posting’ berkenaan ditutup, tetapi gambar tersebut tular di Facebook pada Ahad.

Dengan kapsyen ‘Kasih yang ku berikan membuahkan hasil sebuah ikatan keluarga’, anak angkat lelaki Sajat, Syahmi dan anak angkat perempuannya, Syaza dianggap netizen sebagai sedang bercium mulut.

Malah ada netizen yang mendakwa Sajat memberi didikan yang kurang baik dengan membiarkan kedua-dua anaknya bergambar seperti itu.

“Walaupun adik-beradik, tak boleh cium macam tu. Dikhuatiri berlaku sumbang mahram. Walaupun masih kecil, jika jadi kebiasaan… jadi lain pula dah besar nanti,” kata seorang netizen.

Bagaimanapun, Sajat kemudian mengemaskini keterangan gambar tersebut pada Ahad bagi memberi penjelasan kepada netizen yang mengecamnya.

“Ini gambar Syahmi cium pipi, bukan cium mulut. Tengok betul-betul, Syahmi cium adiknya kat pipi, bukan cium mulut.

“Kadang-kadang yang komen tu semua nak menyakitkan hati orang. Lagipun Syaza dan Syahmi baru 2 tahun,” tulisnya di laman sosial.

Malah Sajat secara sinis menggesa netizen terutama yang mengecamnya supaya melihat semula gambar tersebut dengan mengezumnya lebih dekat.

“Kalau tak nampak sangat, pergi ‘zoom’ luas-luas kat mana Syahmi cium. Di pipi, bukan mulut!,” tegas Sajat sambil merujuk kepada netizen yang memberi pelbagai komen negatif berhubung gambar dua anak angkatnya.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*