BN Sibuk Bekerja, Pakatan Harapan Sibuk Bergasak

Share This:

Pada ketika Barisan Nasional (BN) sibuk menjalankan tugas untuk rakyat, parti-parti dalam pembangkang sibuk bergaduh sesama sendiri menyaksikan kerjasama antara mereka dalam Pakatan Harapan (PH) semakin goyah dan tidak terjamin untuk rakyat.

Bagi parti BN yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kerja mesti jalan terus tanpa mempedulikan apa-apa yang dilakukan oleh pembangkang ke atas parti tunjang rakyat itu. Pembangkang, kalau tak sibuk bergaduh mereka akan sibuk cipta salah dan kelemahan BN.

Paling mengujakan untuk rakyat, Najib semalam melancarkan FELDA 2.0 satu inisiatif untuk mentransformasi dan memberi wajah baru kepada 317 kawasan tanah rancangan FELDA di negara ini. Inisiatif itu akan fokus untuk wujudkan komuniti FELDA yang pintar, mampan, dan berdaya tahan tetapi lestari dari ekonomi dan alam sekitar.

Pada majlis sama, Najib turut melancarkan projek Lembah Digital Bilut yang bakal bagi manfaat kepada lebih 6,000 penduduk Felda Lurah Bilut untuk menikmati taraf kehidupan sama seperti di bandar bermula dengan pembangunan infrastruktur serta modal insan.

“Kepada warga peneroka dan generasi baharu Felda, ayuhlah kita bersatu dan berpadu kerana sesungguhnya Felda ini benteng kita, Felda ini legasi kita dan semestinya Felda inilah maruah dan tanggungjawab kita bersama,” kata Najib.

Kerja BN jalan terus, Najib turut melancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 iaitu satu program pembangunan semula inisiatif yang diperkenalkan sejak 2011.

KR1M yang sebelum ini ditutup tahun lepas kerana kerajaan mahu menamatkan kontrak pengendalinya Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) kerana menjual barangan lebih mahal dari harga pasaran.

KRIM 2.0 melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memperkenalkan model baharu yang lebih terbuka, berdaya saing dan memberi peluang kepada lebih ramai pemilik perniagaan runcit untuk menyertainya. Najib merasmikan KR1M di pasaraya Tunas Manja Group (TMG) di Temerloh, Pahang.

“Pelancaran KR1M 2.0 di TMG Temerloh menandakan bahawa usaha untuk mengkaji semula dan melaksanakan penambah baikkan pada konsep KR1M telah berjaya dilaksanakan,” kata Najib.

Kelmarin, Najib berada di Tanjung Malim pula dengan menaiki tren ETS dari Kuala Lumpur untuk melancarkan Kluster Automotif Nasional @Proton City. Program itu adalah janji kerajaan dan Najib sendiri untuk memulihkan syarikat pengeluar kereta itu Proton Holdings Berhad (Proton) bersama dengan DRB-Hicom.

“Oleh kerana selama ini terlalu banyak campur tangan politik dalam pentadbiran, jadi, kita berasa kita tidak akan biarkan Proton tenggelam, kita takkan biarkan Proton lenyap, tetapi Proton perlu sokongan dan bantuan daripada kerajaan dipulihkan.

“Saya dan kerajaan pimpinan saya akan pulihkan Proton bersama dengan DRB-HICOM,” katanya.

Dalam Pakatan pula, kerja mereka asyik bergaduh dan kali ini pertelingkahan mereka di Selangor dah makin teruk kerana Menteri Besar Azmin Ali teruk diserang oleh parti-parti dalam PH.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Ronnie Liew berkata Azmin tidak layak menjadi Pengerusi pakatan untuk negeri Selangor. Dia dakwa Azmin secara terbuka mendakwa PAN Selangor berbohong dalam isu pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Ada laporan media Azmin dipetik berkata PAN Selangor tidak amanah apabila mendakwa jawatankuasa rundingan pengagihan kerusi DUN di Selangor belum dibentuk.

Azmin mendakwa parti komponen PH sudah bermesyuarat empat kali untuk membincangkan pengagihan kerusi dan 80% kerusi sudah diputuskan.

“Jangan fikir kami semua (termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad) bodoh dan hanya kamu seorang yang bijak dan baik dalam politik,” kata Ronnie di Facebook semalam.

“Sekarang semua orang dalam PH tahu siapa kamu,” kata Ronnie.

Selain PAN Selangor, DAP negeri itu juga tidak tahu bahawa 80 peratus pengagihan kerusi sudah diputuskan. Pertelagahan ini tercetus antara PAN, DAP dan PKR Selangor selepas PAN dan DAP berkata mereka tidak tahu tentang mesyuarat pengagihan kerusi DUN Selangor yang didakwa oleh Azmin.

Pengerusi PAN Selangor Izman Hashim dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata mereka hanya hadir empat mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Raya sahaja yang membincangkan strategi untuk PRU14.

Bagaimana Pakatan mahu memastikan negara dan negeri maju di bawah pentadbiran mereka jika belum PRU sudah bergaduh. Apa sahaja nama pakatan mereka, mereka tetap bergaduh. Dulu tuduh PAS punca pergaduhan, sekarang PAS sudah tak ada mereka masih bergaduh lagi.

Sudahnya, banyak isu di negeri tertunggak dan tidak diselesaikan menandakan kerja pentadbiran kerajaan tidak berjalan langsung di peringkat negeri. Adakah cara kerja begini yang boleh perjuangkan apa yang rakyat inginkan atau mereka hanya perjuangkan apa yang mereka sendiri inginkan?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*