Pembangkang Dan Pilihanraya Paling Kotor Tidak Dapat Dipisahkan

Share This:

Setiap kali menjelang Pilihanraya Umum, maka dimasa itu lah berbagai serangan akan dilakukan terhadap kerajaan dalam apa juga isu yang berlaku, dari sekecil-kecil isu hingga  sebesar-besar isu walaupun tiada kaitan dengan kerajaan.

Pembangkang akan menggunakan perkataan “pilihanraya paling kotor” yang akan berlaku dan sudah pastinya akan merujuk kepada  kerajaan dan penyokong pro kerajaan. Maka akan terciptalah isu penipuan maklumat untuk membangkitkan perasaan kebencian.

Sejarah dua pilihanraua umum iaitu PRU11 dan PRU13 telah menunjukkan  betapa pihak pembangkang melakukan propaganda yag kotor dalam memastikan kemenangan, Dalam PRU11 kita melihat serangan maklumat yang berunsur fitnah amat berleluasa.

Akibat terhasutnya pengundi, Barisan nasional telah kehilangan 5 buah negeri dan hanya mendapat kemenangan sekadar hanya layak untuk memerintah sahaja.

Begitu juga dengan PRU13, sebelum itu kerajaan telah difitnah dengan berbagai isu termasuk pengundi hantu yang datang dari Bangladesh seramai 40 ribu orang. Isu ini dimainkan oleh penyokong pembangkang sehingga dilihat ianya benar benar berlaku.

Sebagai langkah berjaga jaga terhadap penipuan ini, seharusnya setiap pengundi atau rakyat yang layak mengundi meneliti setiap berita yang disebarkan pembangkang supaya tidak terperangkap dengan agenda jahat mereka

Pembohongan sudah sebati dengan pembangkang, termasuk isu kilang Lynas dan 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh, yang dijaja pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu. Terbukti semua ini pembohongan semata-mata. Berita yang disebarkan pembangkang bukan dibuat berdasarkan fakta yang sahih, sebaliknya untuk mengelirukan rakyat supaya marah kepada kerajaan.

Susulan isu ini  ada beberapa PDM yang telah berlakunya  pergaduhan yang mana tuduh menuduh dan diskriminasi hak kaum lain dinafikan oleh pembangkang. Apakah “pilihanraya paling kotor” itu datangnya dari kerajaan atau pembangkang.

Pada hari ini, perkataan “plihanraya paling kotor” digunakan semula oleh Nurul Izzah untuk mengambarkan betapa pihak pembangkang amt terdesak untuk merebut sebuah Negara” yang bangkrup”.

Sebenarnya, inilah kaedah yang amat terdesak dilakukan oleh pihak pembangkang, kita yakin dan percaya bahawa sejarah penipuan pihak pembangkang sudah banyak diketahui oleh rakyat yang berada diatas pagar.

Jika dahulu mereka mungkin terpedaya, namun pada kali ini dengan melihat  betapa banyak skandal-skandal yang dilakukan oleh pemimpin kleptokrasi  dimana beberapa dakwaan telah dilakukan terhadap mereka.

Dalam sistem demokrasi berparlimen, mereka perlu memikirkan apakah yang akan berlaku kepada mereka dan negara jika silap membuat keputusan pada pilihan raya akan datang. Kesilapan yang mudah tetapi mempunyai akibat yang amat besar pada rakyat dan sistem pentadbiran dalam Negara.

Juga diingatkan sejarah kehancuran Pulau Pinang dan juga Selangor yang hampir bangkrap disebabkan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak pembangkang dan pengabaian tanggungjawab terhadap rakyat negeri.

Bukan UMNO atau Barisan Nasional (BN), tetapi DAP yang menjadi ‘ejen’ penyebar berita palsu menerusi tentera siber mereka, Red Bean Army (RBA) sebagaimana dibuktikan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Penyebaran berita palsu yang digerakkan oleh DAP cukup dahsyat sehingga pada suatu tahap ditafsirkan sebagai fitnah bertujuan mahu menjatuhkan kepe­mimpinan dan mencalarkan imej negara. Pihak pembangkang tidak peduli tentang Negara, ekonomi apa tah lagi nasib rakyat.

Bagi mereka kuasa dan dapat menguasai itu lebih penting dari segalanya, walaupun hancur Negara ini, dikalangan mereka boleh melarikan diri bersama keluarga ke Negara lain. Rakyat akan ditinggalkan begitu sahaja.

Jika rakyat sudah sedar impak yang bakal berlaku sudah pastinya akan menolak  cara DAP mereka-reka berita palsu, mereka lakukannya hampir setiap hari dengan bermacam-macam dakwaan sehingga menyebabkan status negara kita jatuh.

Sebagai contoh, bertahun-tahun mereka dakwa negara ini bankrap sedangkan pada masa yang sama Negara kita sedang mengolah dan melangkah ke arah Negara maju dengan kebijaksanaan Perdana Menteri  menguruskan Negara ini.

Kejutan kepada pihak pembangkang apabila kerajaan mahu mengubal satu bentuk undang-undang yang mengekang amalan fitnah dan berita palsu telah mengundang pelbagai reaksi dari pihak pemimpin pembangkang.

Kit Siang yang mendakwa kononnya pengumuman kerajaan untuk menggubal undang-undang baharu bagi mengekang penularan berita palsu sebagai tidak mening­katkan keyakinan rakyat kepada kerajaan. Alasan ini diberikan adalah  untuk menutup tingkah laku mereka  terhadap penularan berita palsu yang dicipta oleh DAP sebagai penyumbang berita palsu yang aktif sepanjang masa.

Rakyat faham dan  percaya kenyataan balas Kit Siang itu bertujuan mahu ‘menjauhkan’ DAP daripada tuduhan menyebarkan berita palsu, yang merupakan kepakaran pembangkang terutamanya parti itu.

Seharusnya kita tidak merasa hairan apabila sepantas kilat Kit Siang mengulas dan selembab siput babi apabila isu  skandal dilakukan oleh anaknya untuk diulas, Ini adalah kerana beliau ingin melarikan diri daripada tuduhan DAP sebagai ‘yang memulakan’ berita palsu di negara ini dan sebagai sebuah parti yang paling “kotor” dan tidak amanah dan korupsi.

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*