Anak Muda Cina Disuruh Belajar, Anak Muda Melayu Disuruh Berpolitik

Share This:

DAP yang mengetuai Pakatan Harapan tidak dapat membawa kestabilan kepada negara kerana memainkan politik kotor yang boleh meme­cahbelahkan perpaduan kaum serta akan menggunakan apa juga kaedah kotor untuk memastikan kemenangan Pilihanraya 14.

Rakyat diminta agar lebih berjaga-jaga dengan taktik-taktik kotor DAP apabila menjelang pilihanraya umum ke-14 yang bakal menjelang tiba, termasuk isu yang melibatkan pengundi hantu, isu isu yang tidak masuk akal, isu-isu yang melibatkan angka-angka,dan ayat isu “Pilihanraya paling kotor”

Tidak serikkah lagi bangsa Melayu yang dikatakan amat bijak dalam apa juga keadaan terus dibohongi oleh bangsa cauvanis yang berada didalam DAP sekarang. Tidak nampakkah lagi bagaimana mereka menggunakan Melayu sebagai halangan mereka selama ini.

Jika dahulu Melayu adalah merupakan satu halangan yang mengagalkan setiap gerak kerja mereka untuk memecahkan kelompok kekuatan bangsa Melayu. Halangan kesatuan dan sayangkan bangsa, Agama dan Negara dipertahankan tanpa mengira apa juga bentuk serangan.

Hari ini sejak berlakunya reformasi hasil tindakan yang dilakukan oleh Mahathir dengan  memecat Anwar Ibrahim yang dikatakan telah melakukan salah laku yang memalukan dalam politik Negara serta penyalahgunaan kuasa.

Gerakan reformasi itu, telah memecahkan kelompok Melayu yang dahulunya amat kukuh didalam Barisan Nasional dan juga UMNO. Perpecahan ini dilihat oleh DAP adalah satu peluang yang tidak boleh dilepaskan.

Maka, bermulalah DAP berbaik sangka dengan bekas ahli UMNO yang berada didalam Parti Keadilan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. Pergabungan yang dicanangkan oleh DAP bersama PKR telah mengukuhkan lagi kedudukan pembangkang terutama DAP  yang mempunyai agenda tersembunyi terhadap bangsa Melayu.

Kini PPBM pula masuk ke dalam kancah balaci DAP yang diketuai oleh Mahathir dan terus membohongi rakyat atas  slogan yang dikatakan mahu”Selamatkan Malaysia” yang nyata tidak perlu diselamatkan lagi.

Begitu hebat bila nama-nama Melayu pembangkang disebut sebagai nama-nama yang akan mendominasikan politik dalam Pakatan, berkokok ke sana ke mari mengatakan bahawa inilah keadilan yang diberikan oleh DAP kepada mereka.

Sedangkan pada masa yang sama  manusia yang bernama Melayu ini hanya ada nama diatas kertas dan jawatan sahaja. Tetapi tidak mempunyai kuasa untuk melakukan keputusan yang melibatkan semua pihak.

Sekarang DAP secara langsungnya telah mempergunakan orang Melayu yang gilakan jawatan sebagai umpan untuk memastikan perpecahan dikalangan orang Melayu berlaku kepada kumpulan yang kecil lagi.

Rata rata sasaran mereka ialah anak muda yang setengah masak dalam politik dan anak muda Melayu inilah dipergunakan untuk memecah belahkan anak muda yang lain dan menarik mereka  masuk kedalam kancah politik DAP sebagai jurucakap.

Jika difikirkan secara matang dan berakal, sudah tidak ada kah anak muda DAP yang berada di Universiti dan dikawasan kampung yang boleh diketengahkan sebagai jurucakap, persoalannya kenapa anak Melayu juga yang dipilih.

Strategi ini adalah serampang dua mata yang mana sekali gus akan menarik ramai lagi anak muda Melayu ke dalam politik dan sekaligus juga akan mengagalkan mereka sebagai anak Melayu yang cemerlang dalam akademik.

Perkara ini sememangnya dijaga oleh DAP kepada anak muda  berketurunan Cina yang mana  mereka adalah dilarang sama sekali menyertai mana-mana parti politik dan terlibat secara langsung dan difahamkan mereka digalakkan untuk terus mencapai kecemerlangan akademik dan berkemahiran tinggi.

Jadi tidak hairanlah kenapa setiap kali demontrasi, hanya muka anak-muda Melayu sahaja yang ada didalam kelompok “lembu DAP” yang berkejaran dengan anggota  keselamatan. Diamanakah anak muda  bangsa lain.

Begitu juga yang berlaku didalam politik yang diketuai oleh DAP sekarang, orang Melayu ke sana ke mari melakukan ceramah dan hebat nama mereka disebut sebagai yang terbaik. Nama-nama yang gah dimata DAP.

Tetapi diatas kemegahan nama itu, apabila berlakunya  perebutan jawatan yang penting , mereka ini akan dibiarkan  dan nama-nama Cina DAP sahaja yang memenuhi senarai untuk jawatan yang penting.Itulah pakatan pembangkang yang diketuai dan dipimpin oleh DAP sepenuhnya.

Sekarang kita sudah melihat bagaimana agihan kerusi yang dilakukan oleh DAP yang mana telah mempermainkan angka untuk menambat hati parti sekutunya dan menetapkan kawasan pertandingan kepada sekutunya.

DAP akan tetap bertanding dikawasan yang majoriti kukuh dengan peratusan  kemenangan mutlak kepada mereka walaupun kerusi yang dipertandingkan  sedikit. Perkara ini tidak berlaku kepada PPBM yang diserahkan banyak kerusi pertandingan.

Belum pun pilihanraya diadakan, Melayu yang ada dalam pembangkang sudah pun dipermainkan oleh DAP. Sedar atau tidak, kejadian yang berlaku di beberapa buah negeri adalah contoh bagaimana DAP berjaya mempermainkan Melayu.

Rakyat melihat keretakan dan pertikaian serta pergadohan yang beralaku didalam Pakatan Harapan sekarang  dimana DAP hanya membiarkan sahaja Melayu yang ada didalam PPBM ini terus bergolak asalkan kersui majority mereka tetap berada ditangan DAP.

Agihan kerusi ini adalah bukti jelas pembangkang yang ada pada hari ini sebenarnya adalah dikuasai oleh DAP . Kerusi DAP tetap milik DAP. DAP tidak beri pun kepada mana mana rakan mereka dalam pembangkang.

DAP mempergunakan kerusi yang ada dikalangan orang Melayu Pakatan Harapan dan juga PAS dipecah pecahkan menjadi lebih kecil lagi , sedangkan DAP tetap kukuh dengan kerusi miliknya dan tidak diberikan kepada sesiapa juga.

Ingat balik apa yang Hew Kuan Yau, Superman DAP cakap. “Ini game terakhir untuk Mahathir, Kit Siang masih ada masa untuk banyak game lagi” kata Hew. DAP hanya mahu “screw” Melayu sahaja. Jika tumbang Barisan Nasional, DAP yang akan kuasai pembangkang.

Sebagai orang Melayu yang sedar dan tahu apa agenda DAP ini, jangan sekali kali kita benarkan impian “Malaysian Malaysia’ ini tercapai. Jangan benarkan Barisan Nasional tumbang, ayuh bersama sama jadikan BN parti yang menang.

  • pru14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*