Siti Kasim Desak Bubarkan JAKIM

Share This:

RAKYAT Malaysia tahu bahawa peguam pro pembangkang Siti Kasim membawa suara DAP dalam setiap langkah beliau. Dan kita tahu betapa DAP amat benci kepada agama Islam dan orang Melayu.

Oleh itu, tidak menghairankan apabila Siti Kasim mendesak agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dihapuskan secepat mungkin kononnya demi kesejahteraan negara. Beliau sering “memperjuangkan” hak Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender memandangkan tindakan tersebut mampu memperlekehkan kesucian agama Islam yang merupakan agama rasmi Malaysia menurut perlembagaan.

Beliau menambahkan sakit hati orang Melayu lagi dengan menghebahkan keinginannya itu setelah teruja dengan tuduhan Tengku Razaleigh Hamzah di sebuah forum anjuran kumpulan Melayu ulung G25 bahawa kononnya JAKIM sebagai “tidak berperlembagaan”.

Adakah kini Ku Li turut membawa suara DAP?

Beliau berkata, “Oleh sedemikian, mari hapuskan organisasi tersebut secepat mungkin. Malaysia akan lebih baik sepertimana kita bermula kali pertama dahulu. Dana 1 bilion yang diberikan kepada JAKIM boleh digunakan untuk kesihatan kita, pendidikan dan infrastruktur untuk mensejahterakan negara ini.”

“Bubarkan JAKIM,” desak Siti Kasim lagi.

Peguam Saha Deva yang dianggap oleh Siti Kasim sebagai gurunya juga meluahkan perasaan teruja beliau kerana dapat merasakan peluang yang ditunggu-tunggu oleh Siti Kasim untuk mencabar JAKIM di mahkamah telah pun hampir tiba.

“Kita tunggu langkah selanjutnya. Melayu-Melayu yang sedang senyap sedang meluat dengan tindakan mereka memaksa kita,” balas Siti Kasim.

Mantan Timbalan Pengerusi BERSIH merangkap sahabat Siti Kasim, Sarajun Hoda Abdul Hassan juga pernah membuat gesaan yang sama tidak berapa lama dahulu agar JAKIM dapat dihapuskan dan dimansuhkan.

Desak penerima Pingat Kelakuan Terpuji Pulau Pinang (P.K.T.) tersebut, “JAKIM menjadikan Islam bahan jenaka, ia sepatutnya dihapuskan dan dimansuhkan. Mereka menjadikan kehidupan orang Islam sengsara dengan pengawasan moral yang tidak ada di dalam al-Qur’an.”

Sarajun Hoda juga pernah menuduh “pegawai-pegawai agama” menyara keluarga mereka dengan wang ‘haram’ di samping mendakwa umat Islam Malaysia bakal mati kebuluran sekiranya sumber rezeki mereka diasingkan antara halal dan haram.

Tuduh beliau, “90% peruntukan JAKIM datang daripada wang cukai kaum Cina pemakan babi. Pegawai-pegawai agama mendapat wang gaji daripada sumber ‘haram’ yang sama untuk memberi keluarga mereka makan.” “Jika diasingkan sumber halal dan haram … orang Islam Malaysia akan mati kebuluran,” dakwanya lagi.

Wahai rakyat Malaysia, itulah wajah sebenar pembangkang yang diketuai DAP. Bayangkan apa akan terjadi kepada orang Melayu dan agama Islam sekiranya pakatan berkuasa. Nauzubillah..

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*