Sejarah Politik Kotor Mahathir Untuk Mendapatkan Kuasa

Share This:

Sejarah politik Mahathir penuh dengan keborokan yang amat tidak masuk akal. Semua dilakukan oleh nya hanya berkepentingan dirinya sahaja. Bukan setakat penggunaan wang kerajaan dan rakyat dengan sewenangnya.

Malah  Mahathir terus melihat ruang yang menghalangnya dari membuat keputusan dikecilkan bidang kuasanya dan segalanya hanya  berpihak kepada keputusan yang diputuskan olehnya.

Dalam percaturan politik, Mahathir akan melihat segenap ruang dan sudut  dimana memastikan tiada seorang pun orang disekelilingnya boleh mengeluarkan pandangan serta dilihat akan mengancam kedudukannya.

Sudah pasti, sesiapa yang berani menegur dan berbuat sesuatu yang mencurigakan dan mengancam kedudukannya, maka akan disingkirkan  dalam apa cara sekali pun. Lihat sahaja apa yang telah berlaku kepada Tun Ghafar, Tun Hussien, Musa Hitam, Tengku Razaliegh . Anwar Ibrahim dan Abdullah Badawi.

Semuanya dikaitkan dengan berbagai tuduhan yang kadang kala tidak masuk akal. Kejayaan Mahathir berbuat demikian adalah kerana beliau menguasai segalanya.  Dan jika sesuatu isu dibangkitkan  dia akan mencari  seseorang untuk dipersalahkan.

Dasar dasar konsesi yang membebankan rakyat  dipergunakan untuk memperkayakan kroni dengan memaksa rakyat membayar pelbagai bayaran  menikmati kemudahan yang disediakan  seperti tol serta lebihan cukai dan tambang perkhidmatan. Dasar konsesi ini  sudah pastinya  memakan masa puluhan tahun.

Mahathir tidak peduli semua itu, perkara yang utama ialah memastikan kroni serta anak beranaknya kaya dan untuk rakyat tidak dipedulikan sama sekali. Tol dan  pampasan petroleun dijadikan wang ehsan dan kaedah “Bailout” dijadikan sebagai penebus kerugian yang ditanggung oleh syarikat kroninya.

Kerajaan membincangkan semula beberapa konsesi berat sebelah yang ditandatangani oleh pentadbiran terdahulu untuk memastikan tidak ada syarikat swasta atau kroni menikmati pendapatan berlipat-ganda sehingga menjejaskan taraf hidup rakyat. Dibawah pimpinan Najib berusaha keras untuk memastikan beban yang ditanggung oleh rakyat dapat dilepaskan.

Kini Najib Razak pula sedang diserang dan dituduh dengan bermacam-macam perkara untuk membangkitkan  perasaan  curiga rakyat terhadap kepimpinan Najib. Sedangkan jika dilihat secara kasarnya, Najib sedang berusaha untuk menutup lubang lubang yang digali oleh Mahthir.

Dalam percaturan politik , Mahathir dilihat tiada tandingannya selama ini kecuali Dato Seri Najib Razak yang dapat membaca  dan menangkas setiap langkah dan strateginya. Pertempuran politik diantara Najib dan Mahathir berkesudahan Mahathir terpaksa merelakan dirinya menjadi perkakas yang amat dibencinya satu ketika dahulu.

Banyak perkara yang dilakukan oleh Mahthir semasa pemerintahannya dahulu yang mana pada kebanyakannya memihak kepada kepentingan politiknya untuk naik kemercu kuasa yang  mutlak dan tiada sesiapa yang berani melawannya.

Kepetahan Mahathir dalam penyusunan politiknya dapat disenarailan seperti berikut :

(1 ) Menyemarakkan kebencian terhadap Tunku Abdul Rahman yang mempunyai imej sederhana dan toleran terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Hobi Tunku dalam sukan lumba kuda juga dijadikan sasaran dan isu untuk menyemarakkan api kemarahan di kalangan masyarakat Melayu.

Dalam krisis perkauman 13 Mei , Dr. Mahathir telah berjaya menonjolkan diri sebagai pelampau Melayu atau “ Ultra Malay” yang seterusnya mencelupkan dirinya sebagai Melayu jati walaupun beliau berketurunan Kerala.

Dalam sekelip mata, Dr.Mahathir sudah menjelmakan diri sebagai pejuang Melayu yang patriotrik dan Tunku sebagai penggadai maruah bangsa.

Pemusuhan Tunku Abdul Rahman dengan Dr. Mahathir berterusan hingga ke akhir hayatnya tetapi Tunku seorang “gentleman” yang tidak kasar atau karut. Itulah “Bapa Malaysia” kita yang tidak diberi penghormatan yang sepatutnya dalam menjadi jambatan yang menyambung jurang-jurang perbezaan kaum Melayu, Cina , India dan kemudiannya pribumi Sabah dan Sarawak.

(2) Dalam krisis Perlembagaan 1983 yang melibatkan pindaan yang menyekat kuasa dan peranan Raja-raja Melayu, Dr. Mahathir sekali lagi menonjolkan diri sebagai pejuang yang memihak pada rakyat dan bukannya raja.

Sekaligus beliau meminda Perkara 150 dalam Perlembagaan dan memindahkan kuasa pengumuman darurat dari Yang Di Pertuan Agong kepada dirinya sebagai Perdana Menteri. Hal ini sekali gus telah menidakkan kuasa Raja Melayu dan Raja hanya berkuasa diatas tahtannya sahaja.

(3) Dalam krisis kehakiman tahun 1988 , sekali lagi Mahathir berjaya menangkas gandingan kuasa bekas Timbalan Perdana Menterinya Musa Hitam dan pencabarnya Tengku Razaleigh dengan memecat Ketua Hakim Salleh Abbas dan beberapa hakim yang tidak mengikut hala atau telunjuk politiknya.

(4) Dalam krisis ekonomi matawang yang memuncak pada tahun 1998 , Mahathir mengambil kesempatan untuk memecat Timbalan Perdana Menterinya , Anwar Ibrahim dengan menuduh beliau sebagai pengamal seks di luar tabii.

Ini telah memuncak dengan pergerakkan “Reformasi” yang menuduh Mahathir sebagai seorang pemimpin yang boros, suka pada projek-projek mega serta pengamal kronisme dan rasuah yang berleluasa.

Penentangan Anwar terhadap pemerintahan Mahathir melibatkan demonstrasi jalanan secara besar-besaran yang telah melumpuhkan jentera pentadbiran serta pertembungan polis dengan orang awam.

Ramai penyokong dan pemimpin Anwar termasuk Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Ketua Pemuda Umno pada masa itu , telah ditahan dan dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA) yang menyebabkan penderitaan ramai.

Mahathir telah dijenamakan sebagai MahaZalim, MahaFiraun dan sastrawan negara Shahnon Ahmad telah menulis sebuah novel bertajuk “SHIT” atau najis untuk menjijikan dan mencemuh pemerintahan kuku besi Mahathir.

Setelah itu Mahathir telah berjaya menjatuhkan Tun Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri dengan senang sekali. Hari ini , dalam kegawatan politik dan ekonomi, Mahathir sekali lagi cuba menunjukkan taring politiknya untuk menjatuhkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Percaturan demi percaturan yang melibatkan kelicikan politik yang merugikan rakyat dan negara telah berterusan dan akhirnya Pakatan Rakyat dipakejkan menjadi Pakatan Harapan. Tiba – tiba Mahathir Mohamad yang merupakan pemimpin negara yang paling dibenci dan digeruni menjadi pilihan Harapan untuk menyelamatkan negara.

Harapan negara sekali lagi diletak pada tangan Mahathir Mohamad dengan direstui musuh ketat beliau Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang dari DAP.

Apakah rakyat Malaysia sedar tentang hal ini, menyokong Mahathir dilihat sebagai satu langkah  yang songsang dimana akan membawa semula  pemerintahan Negara kepada  amalan dictator dan kebebasan  yang disekat.

Bukan itu sahaja, ramai yang  sedang menduga bahawa amalan kronisme dan nepotisme serta beban beban  yang dikenakan keatas rakyat akan dilakukan sebagaimana berlakunya sebelum ini. Keperluan dan kesejahteraan rakyat sudah pasti diabaikan dan  kepentingan kronisme akan diutamakan.

Jadi, cukuplah 22 tahun menjadi pengajaran buat kita semua rakyat Malaysia. Cukuplah 22 tahun penuh dengan sekatan dan tekanan dari seorang Perdana Menteri yang hanya mahu melihat mercu tanda sahaja.

  • pru14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*