Golongan Asnaf Miskin Di Port Dickson Terus Didekati Dan Dibantu

Share This:

Satu program menyantuni golongan asnaf dan fakir miskin telah diadakan kelmarin oleh badan bukan kerajaan (NGO) Third Force di Port Dickson menziarahi lima keluarga di sekitar Port Dickson.

Program itu diketuai wakil NGO Third Force ialah Syed Shukri. Beliau turut meminta Penasihat Putera MIC Teluk Kemang Dineshwaran T Rajagopalu untuk turut serta dan membantu mendengar masalah yang dihadapi oleh mereka.

Ia turut disertai oleh Ketua Putera MIC Teluk Kemang K Sargunan.

“Salah satu keluarga yang kami lawati tinggal menyewa di kawasan kuaters di Kampung Paya iaitu Farzuan Romly yang menghidapi penyakit tyroid serta sedang mencari pekerjaan.

“Isterinya tidak bekerja manakala dua orang anaknya sedang bersekolah. Kami akan membantu untuk mendapatkan bantuan daripada pihak Perkeso dan Jabatan Kebajikan untuk membantu meringankan beban Encik Farzuan ini,” kata beliau Dineshwaran yang juga Ketua Putera MIC Bahagian Rasah.

Dineshwaran di rumah Farzuan Romly yang menghidap tyroid.

 

Lawatan ke rumah Saari Aziz yang usang dan rosak teruk di Kampung Air Meleleh.

Dalam program itu, pihak NGO dan Dineshwaran turut memberikan bantuan berbentuk barang keperluan harian kepada mereka bagi membantu meringankan beban kos sara hidup mereka.

Lebih menyayat hati, sebuah rumah yang didiami oleh Saari Aziz berusia 63 tahun di Kampung Air Meleleh yang disewa kini dalam keadaan usang dan rosak teruk.

“Pihak kami akan cuba membantu dengan mendaftarkan beliau dengan pihak Setiausaha Kerajaan Bahagian Perumahan.

“Difahamkan juga Jabatan Kebajikan baru sahaja meluluskan bantuan untuk Encik Saari,” katanya.

Amat berbeza dengan keadaan Noraini Ismail yang berusia 52 tahun dan kini tidak bekerja kerana beliau terpaksa menjaga seorang anak OKU yang memerlukan penjagaan rapi disebabkan terlantar di atas katil.

“Kami akan cuba membantu mendapatkan bantuan perubatan untuk anaknya dan juga bantuan untuk sara hidup bagi mereka seharian,” kata Dineshwaran.

Beliau berkata, sesiapa atau mana-mana pihak yang ingin memberikan bantuan kepada mereka boleh menghubungi beliau di talian 016-3825531.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*