YDPA Sudah ‘Endorse’ Kemampuan Kerajaan Urus Tadbir Negara

Share This:

Bagi kalangan rakyat yang tahu erti bersyukur, apa yang dinikmati negara hari ini adalah berkat dari kebijaksanaan pengurusan dan perpaduan yang terjalin antara kaum. Sukar sebenarnya untuk menikmati apa yang kita kecapi hari ini samada dari segi kemakmuran, kesejahteraan rakyat, kekuatan ekonomi mahupun kestabilan kerajaan.

Namun bagitu, bagi segelintir rakyat yang tidak tahu akan erti bersyukur, mereka akan melemparkan begitu banyak dakyah dan fitnah hanya semata-mata mahu mendapatkan laba hasil dari kerja kotor mereka. Kelompok ini akan sentiasa berusaha mencari apa jua jalan bagi merosakkan apa yang dinikmati oleh sebahagian besar rakyat di negara ini.

Ketika menyampaikan titah sempena Hari Wilayah Persekutuan di Istana Negara semalam, Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V mezahirkan perasaan sukacita baginda dengan apa yang dinikmati negara hari ini. Lebih-lebih lagi usaha yang dilakukan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan yang berusaha keras merangka plan bagi mensejahterakan rakyat.

Dalam ucapan berkenaan, Sultan Muhammad V bertitah, Baginda cukup yakin kerajaan akan dapat mengadakan kaedah baru dan inovatif bagi membantu rakyat menghadapi ekonomi global yang masih berada dalam keadaan tidak menentu. Baginda juga melahirkan perasaan sukacita di atas kerjasama pihak swasta dan badan bukan kerajaan dengan kerajaan dalam merealisasikan segala perancangan yang direncanakan untuk rakyat dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Malah, Baginda juga melihat, segala usaha kerajaan hari ini lebih menumpukan usaha kearah mensejahterakan rakyat tanp amengira apa jua agama, kaum dan budaya. Ini adalah salah satu bukti bahawa kemampuan kerajaan hari ini menjaga kebajikan rakyat amat baik dan Paduka Baginda Tuanku amat sukacita melihat keadaan dan kemampuan kerajaan dalam mengurus tadbir negara.

“Bagi negara Malaysia yang menyasarkan untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam bidang ekonomi, kesejateraan rakyat dan inovasi sosial melalui Transformasi Nasional 2050, faktor persefahaman dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, budaya dan agama, hendaklah dipupuk secukupnya demi kejayaan negara,” titah Paduka Duli Tuanku Sultan Muhammad V.

Baginda juga menlahirkan perasaan syukur kerana banyak inisiatif Kementerian Wilayah persekutuan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan telah mencapai sasaran yang ditetapkan. Malah, kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan juga dapat ditingkatkan hasil daripada perancangan berterusan yang menyasarkan keperluan warganya.

Lihatlah, bagaimana Yang DiPertuan Agong sendiri menghargai apa yang dilakukan kerajaan hari ini dalam menjaga dan mensejahterakan rakyatnya. Seandainya kerajaan hari ini mengabaikan keperluan rakyat dan lebih mengutamakan kehendak peribadi, mana mungkin Yang DiPertuan Agong menzahirkan perasaan gembira baginda melihat usaha keras kerajaan dalam membangunkan negara.

Sudah tentu, sekiranya terdapat kepincangan, Duli Tuanku sendiri akan menegur secara terbuka kerana Bagindalah payung negara. Sebagai “payung”, mana mungkin Baginda mahu membiarkan negara yang diketuai Baginda, rosak akibat kerakusan pemipinnya. Semalam menjadi bukti bahawa Paduka Duli Tuanku telah mengendorse apa yang dilakukan oleh kerajaan selama penggal pemenrintahan Datuk Seri Mohd Najib kali ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*