Wujud Perang Antara Kem Muhyiddin Dan Kem Mukhriz?

Share This:

Secara luarannya, ramai yang melihat, wujud kesepakatan antara kesemua pemimpin tertinggi Parti pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Sukar untuk mendengar wujud sebarang pergeseran antara mana-mana pemimpin parti berkenaan. Namun begitu, sesuai dengan pribahasa dahulu, jangan disangka air yang tenag tiada buaya, itulah yang sedang berlaku di dalam PPBM hari ini.

Menurut beberapa sumber dalaman PPBM, sejak tahun lalu, telah wujud perang saraf antara kem yang diketuai oleh tan Sri Muhyiddin Yasin yang merupakan Presiden PPBM dengan kem Timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Puncanya mudah, rasa tidak puas hati Muhyiddin kerana dirinya kerap kali dipinggirkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang lebih memfokuskan untuk meletakkan Mukhriz sebagai pemimpin tertinggi parti.

Malah, rasa tidak puas hati ini ditambah lagi dengan kecenderungan Mahathir yang mahu memastikan laluan Mukhriz untuk dilantik sebagai Perdana Menteri, melebihi dirinya selaku Presiden Parti. Menurut sumber dalam parti, Muhyiddin dikatkaan tersinggung dengan banyak keputusan yang dibuat oleh Mahathir yang seolah-olah mengenepikan dirinya sebagai Presiden.

Namun begitu, tambah sumber dalaman ini lagi, Muhyiddin tidak berani menyuarakan rasa ketidak puasan hatinya disebabkan oleh akur kepada Mahathir dalam banyak perkara. Tidak dapat dipastikan, apakah perkara berkenaan namun dipercayai, ada kemungkinan Mahathir mempergunakan segala rahsia Muhyiddin untuk melemahkan kedudukannya sebagai Presiden PPBM.

Sebenarnya, tidak sukar untuk menafsirkan kedudukan Muhyiddin di dalam PPBM. Bagi rakan sekutu PPBM di dalam Pakatan Harapan, Presiden PKR dan PAN dilihat bebas untuk mengeluarkan sebarang kenyataan dan tampil membawa imej parti mereka kepada khalayak. Namun, perkara seumpama ini tidak berlaku di dalam PPBM.

Kesemua keputusan, sidang media mahupun pergerakan parti lebih tertumpu kepada Mahathir selaku Pengerusi PPBM. Malah, Mukhriz juga memainkan peranan jauh lebih besar daripada Muhyiddin yang merupakan ketuanya.

Nampaknya, peranan Muhyiddin diperkecilkan Mahathir dan Mukhriz demi impian dan cita-cita peribadi masing-masing. Sehinggakan, wujud kata-kata nakal yang melabelkan Muhyiddin sebagai “Presiden kayu” yang tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk mentadbir. Kelibat Muhyiddin hanya muncul sebagai pengapit Mahathir dan Mukhriz dalam banyak sidang media.

Justeru, tidak menghairankan sekiranya wujud perang antara kem Muhyiddin dan Mukhriz di dalam PPBM. Sudah semestinya Muhyiddin mahukan lebih kuasa kerana PPBM ditubuhkan hasil dari usahanya sendiri sebelum tampuk kuasa dan pentadbiran dirampas oleh Mahathir dan Mukhriz.

Muhyiddin lah yang naik dan turun pejabat ROS untuk memastikan pendaftaran parti ini berjaya pada sekitar bulan Oktober 2015. Hari ini, Muhyiddin diketepikan dan tidak mustahil, sekiranya PPBM berjaya memperolehi kerusi yang banyak hasil daripada pertaruhan mereka sebanyak 52 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak, nama Muhyiddin akan “dimatikan” terus oleh Mahathir dan Mukhriz dari PPBM.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*