Video Serah Kad Pengenalan Dan Kereta Polis Cina Tunjukkan Pembangkang Tandus Isu

Share This:

Parti pembangkang dilihat ketandusan isu apabila cuba memberi persepsi negatif pada kerajaan mengenai penyebaran video yang dikatakan menyerahkan kad pengenalan pada warga asing.

Video berdurasi 2:38 minit itu dipercayai sebuah video lama yang mula tular sejak 23 Jan lalu.

Susulan itu,Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berkenaan sebuah video warga asing diberi kad pengenalan yang tular dalam media sosial.

Manakala isu mengenai dua buah kereta ‘polis China’ kononnya untuk digunakan di negara ini juga dikatakan menjadi modal pembangkang untuk menghentam kerajaan.

Perbuatan tersebut jelas sekali berniat serong bertujuan membangkitkan persepsi negatif masyarakat terhadap agensi kerajaan berkenaan.

Menurut sumber, dakwaan mengatakan kereta tersebut untuk digunakan polis di negara ini adalah fitnah, sebaliknya ia adalah untuk penggambaran sebuah filem untuk tayangan di negara China bertajuk The Original Sin yang mengambil tempat di sekitar Putrajaya.

Filem tersebut mengisahkan tentang kehidupan seorang pegawai polis di bandar raya rekaan (ficticious) yang dipanggil ‘Han City’,” jelas Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad.

Pembangkang dan fitnah memang tidak boleh dipisahkan apabila status yang dimuat naik pada pukul 1.43 petang semalam itu mempersoalkan apa agenda Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan kereta polis dari negara republik itu berada di negara ini.

Malah, dalam catatan itu turut mendakwa rakyat Singapura yang ramai dalam kalangan berbangsa Cina juga tidak membenarkan perkara sedemikian berlaku di negara berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ketika dihubungi berkata, pihaknya telah merujuk kepada Bahagian Perundangan bagi menentukan tindakan lanjut berhubung perkara tersebut.

Sebaran fitnah membuat mereka terdesak kerana kehabisan modal.Dari situ menunjukkan mereka ini dilihat ketandusan isu untuk dimainkan bagi menjatuhkan kerajaan.

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*