Respon Kepada Satira Nurul

Share This:

Anda bercakap tentang reformasi dan keadilan. Anda bercakap mengenai perubahan. Anda memberi gambaran seolah-olah seperti, jika kami rakyat Malaysia memberi peluang kepada anda, anda akan mewujudkan utopia, di mana semuanya sempurna. Bolehkah saya, sebagai rakyat biasa, bertanya kepada anda beberapa soalan:

1. Penerimaan anda terhadap Tun Dr Mahathir, lelaki yang telah anda kutuk sebagai totalitarian dan diktator selama 20 tahun, kini adalah pilihan terbaik anda untuk membawa perubahan? Bagaimanakah beliau telah berubah? Beliau menamakan dirinya sendiri sebagai ‘top dog’ Pakatan Harapan sebelum ada sebarang konsensus yang dibuat di antara ahli Pakatan. Adakah itu sikap orang yang sudah berubah?

2. Mahathir menyokong pemansuhan undang-undang Sekuriti Kebangsaan, tetapi tidakkah beliau pernah merungut mengenai pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri? Apa-apa pun, beliau tidak pernah menarik balik rungutan itu.

3. Bukankah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hanya serpihan dari UMNO? Struktur mereka menyerupai UMNO. Anda mahu kami memilih parti yang terbentuk daripada ahli-ahli UMNO yang tidak berpuas hati? Parti yang diketuai oleh Mahathir dan anaknya?

4. Anda bercakap mengenai demokrasi tetapi mengapa parti anda diketuai oleh ayah anda, Presiden parti adalah ibu anda, Naib Presiden adalah anda, dan bekas ‘Setiausaha Politik’ bapa anda?

5. Apa yang anda lakukan hanyalah bercakap tentang perubahan dan pada satu ketika, semua itu boleh dipercayai. Tetapi kemudian anda ,melakukan pusingan U dan menerima lelaki yang merupakan lambang kepada semua yang anda tentangi? Adakah kami begitu mudah tertipu? Mungkin alasan anda untuk berbuat sedemikian adalah wajar tetapi “road to hell is paved with good intention”. Apakah yang salah dengan kekal pada prinsip asal anda? Mengapa menerima kejahatan, yang telah menyebabkan banyak masalah di negara ini?

Sebelum ini idealisme asal anda sangat menarik. Kini, ia hanyalah Machiavelli sahaja (anda telah benar-benar menerima cara Mahathir). Adakah kita benar-benar kekurangan pemimpin muda, yang boleh memimpin kita?

6. Soalan terakhir. Kebanyakannya anda bercakap mengenai aspek negatif kerajaan pemerintah semasa. Apa yang anda secara peribadi telah lakukan untuk menunjukkan bahawa anda adalah alternatif yang lebih baik? Saya mengagumi semangat dan karisma anda, tetapi apa yang telah anda lakukan untuk menjadikan kehidupan kami (rakyat yang tinggal di kawasan anda) lebih baik? Apakah program atau usaha yang telah anda lakukan untuk menjadikannya lebih baik?

Kami mengundi anda dua kali namun kehadiran anda sangat jarang (konsisten walaupun Pemilihan Umum semakin dekat) dan apabila anda datang melawat, anda hanya tersenyum dan bercakap dengan baik namun kami menunggu seperti orang bodoh yang setia untuk anda melakukan pembaharuan yang akan membantu kami.

Selain daripada menghentam UMNO, bilakah kali terakhir anda menyuarakan masalah sebenar yang dihadapi pengundi anda dalam kawasan anda? Jika anda tidak boleh buat untuk kami, anda mahu kami percaya bahawa anda sudah bersedia untuk berkhidmat untuk negara ini? Cakap memang mudah YB. Anda tidak boleh terus berfikir bahawa kami akan terus terpengaruh dengan suara manis dan wajah cantik anda setiap kali dan menyerahkan negara kepada anda apabila pada akhirnya apa yang anda sebenarnya lakukan untuk kami hanyalah sekali-sekala datang menjenguk kami dan memberikan kami kata-kata manis sahaja.

Jangan terkejut jika kami tidak keluar untuk mengundi, kerana sekarang dari mana-mana parti pun anda datang, anda semua sama sahaja.

Ditulis dari Bangsar South.

Tulisan asal oleh:
Herman Basuki, Stories Behind Stories, 1 Februari 2018

Cik Nurul Izzah,

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*