Pembangkang Dirasuk “Chinaphobia” Diketuai oleh “Mendaliar” Moden

Share This:

“Chinaphobia” itu lah yang sedang berlaku dikalangan pemimpin pembangkang di Malaysia sekarang termasuk penyokong mereka seakan dirasuk syaiton apabila melihat huruf yang dibariskan dan disebut CHINA atau Negara China.

Perkataan  ini telah menyebabkan apa juga yang bertulisan dari Negara China akan dikaitkan dengan penjualan  sebuah Negara. Bukannya rakyat begitu bingung sekali untuk menerima bulat bulat propaganda yang dilakukan sekarang.

Serangan propaganda dan manipulasi maklumat yang dilakukan setiap hari  secara berterusan sehingga kita sekarang melihat seakan Negara Malaysia sudah menjadi kepunyaan China.

Kebodohan yang timbul dari “kepala lutut” pemimpin dan penyokong pembangkang bertujuan semata mata untuk memastikan PRU1`4 akan datang mereka akan mendapat sokongan melalui fitnah yang dilakukan.

Harus  diingatkan lagi bahawa perdagangan yang berlaku diantara Malaysia dengan Negara China  sudah pun berlaku ratusan tahun sebelum ini dan sebelum lahirnya pemimpin yang paling bangang dalam dunia seperti pembangkang sekarang.

Paling melucukan ialah apabila kereta polis yang digunakan untuk pengambaraan filem pun yang mempunyai tulisan Cina dikatakan telah menjual pasukan keselamatan Negara ini kepada Negara tersebut.

Begitu juga dengan perpindahan kem tentera  Sungai Besi susulan kajian keselamatan dan strategi  juga dikatakan tanah kem teresbut telah dijual kepada China. Sedangkan  dalam kehidupan mereka sendiri pun jika dilihat secara kasarnya mungkin juga telah dijual kepada China.

Untuk makluman, pihak pembangkang sekarang sedang memainkan propaganda hitam yang mana  melakukan akitiviti komunikasi yang dilakukan secara sengaja dan terancang untuk menimbulkan persepsi, manipulasi kognial dan mengarahkan maklum balas berbentuk nagetif.

Ini sedang berlaku, akan tetapi harus diingatkan jika perkara ini tidak ditangani dengan serangan keberkesanan maklumat maka impaknya yang akan berlaku ialah sudah pastinya amat memudaratkan.

Persepsi yang dilakukan bukan sekadar perihal berkaitan dengan “China” tetapi ianya  dikaitakn dengan penggunaan plate kereta yang berhuruf “Z” yang mana menjadi satau kesalahan apabila tidak membayar tol.

Jangan kita memandang ringan hal ini, apabila sesaorang yang mengamalkan propaganda  amat mudah dikenali apabila ianya memulakan percakapan dengan awalan ayat “kenapa”. Dan berilah berbagai alasan atau fakta sekali pun, maka ayat ‘kenapa juga” akan digunakan untuk menolak fakta.

Tanah Sungai besi bukan dijual sebagai mana terjualnya tanah kerajaan DAP di Pulau Pinang dimana sehingga kini sudah tinggal 5% sahaja lagi untuk rakyat. Selebihnya telah dijual kepada Negara luar dan syarikat luar yang berpengkalan di Singapura.

Inilah baru dikatakan menjual negari dimana kerajaan negeri langsung tidak memikirkan hak hak rakyat pada masa akan datang  dalam pembangunan prasarana. Perkara ini disembunyikan oleh kerajaan Pulau Pinang dari mata rakyat.

Berbalik dengan pegangan saham di tanah Sungai Besi, sememangnya fakta asalnya dalam Konsortium ICBS, pegangan saham antara pihak Konsortium adalah sebanyak 40 peratus oleh syarikat China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC) manakala 60 peratus oleh Konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH).

Tetapi apabila kegagalan pihak dari China dan beberapa syarikat yang melabur ke atas kedua tanah tersebut iaitu TRX dan Sungai Besi. Pemilikan utama projek adalah 76 peratus dimiliki oleh Malaysia dan sebanyak 24 peratus oleh China.

Pada 20 Mei tahun lepas, Tun Razak Exchange City telah batalkan perjanjian dengan konsortium ICBS yang terdiri daripada IWH dan CREC. Sekali gus telah menolak sama sekali pemilikan saham perlaburan,diulangi “saham perlaburan” dan bukan “penjualan tanah” terbatal.

Perlaburan serta pemilikan asset dan pemilikan tanah diluar Negara adalah satu perkara yang biasa dilakukan oleh mana-mana syarikat atau kerajaan dalam usaha mengembangkan perlaburan, tetapi ianya dilakukan mengikut perundangan sesebuah Negara.

Begitu juga apa yang telah berlaku di London dimana sebuah  syarikat dari Malaysia pada  19 Januari 2018, Battersea Power Station di London telah dibeli oleh syarikat dari Malaysia dengan harga £1.6 billion.

Tidak ada pun pembangkang atau penduduk di London yang sebodoh rakyat Malaysia mengatakan negara mereka terjual kepada Malaysia.

Begitu pun juga, apabila Oktober 2015 sebuah syarikat dari Malaysia yang telah memenangi tender pembinaan bangunan di Australia yang bernilai AS$770 juta setinggi 92 tingkat. Tidak juga saorang pun rakyat mereka mengatakan bahawa Negara mereka sedang dijual.

Inilah diantara contoh yang berlaku dimana mana Negara sekali pun, oleh kerana taraf pemikiran pembangkang serta penyokong di Malaysia lebih dari orang terencat akal, maka situasi ini mereka lihat adalah satu penjualan Negara kepada Negara yang lain.

Amat malang sekali apabila, kita mempunyai rakyat dikalangan pembangkang yang sudah tepu otaknya dengan fitnah dan pembohongan. Maka sekali gus setiap kebenaran yang paparkan itu yang mendatangkan kebaikan akan dilihat sebagai ancaman.

Segalanya dilakukan adalah untuk menutup kelemahan yang dilakukan oleh pihak pembangkang didua buah negeri yang diperintah. Kehancuran dua buah negeri tersebut sedang  berlaku dan telah berlaku. Kegagalan mengurus telah meyebabkan defisit meningkat sudah hampir RM1trillon.

Lihatlah sendirilah bagaimana DAP mentadbir Pulau Pinang sebagai sebuah kerajaan. Penuh dengan skandal dan penyelewengan. Tanah digadai, tanah runtuh kerap berlaku. Banjir sampai lebih seratus kali. Duit kajian terowong yang berjuta juta lesap entah ke mana. Luluskan kilang haram, sampai mati orang kampung.

Justeru itu, rakyat harus sedar permainan propaganda ini semestinya ditangani dengan bijak sekali, Pakatan pembangkang yang diketuai oleh DAP sedang melancarkannya secara berterusan sehingga “Flash Mop” dihari pilihanraya  14 akan datang.

Sebenarnya pihak pembangkang dikalangan orang Melayu telah “dibutakan” dengan jawatan yang disandang dalam  Pakatan Harapan. Jawtan yang menunjukkan mereka adalah orang hebat dan terpenting sedangkan pada masa yang sama orang yang berkuasa hanya  berada di”belakang tabir” sahaja.

Satu ketika dahulu, barisan exco  Pulau pinang dibarisi dengan pelbagai parti. Tetapi apa yang berlaku ialah apabila dasar kuku besi DAP dilaksanakan , kini tiada lagi barisan tersebut. Ini lah cara DAP menguasai walaupun bilangan mereka tidak ramai.

Kerajaan yang naik ini adalah kerajaan negeri DAP. Orang Perak sudah pernah merasa sekali detik hitam bila Barisan Nasional tumbang. Melayu Pulau Pinang sudah merasa, Melayu Selangor juga. Melayu dipergunakan sebagai boneka DAP untuk menjadi Menteri Besar. Di kiri dan kanan Nizar, diapit oleh Nga Kor Ming dan Ngeh Khoo Ham dari DAP.

Cukuplah bermain politik  menjualkan bangsa dan negeri, dahulu DAP kepeincangan dengan ketiadaan Melayu yang mamhu bersama mereka untuk meruntuhkan kerajaan Melayu, Tetapi sekarang Melayu datang dengan sukarela atas nama kepentingan peribadi untuk menumbangkan kerajaan Melayu Islam.

Ingin diimbas semula apa yang telah diperkatakan oleh Hew Kuan Yau, Superman DAP “Ini game terakhir untuk Mahathir, Kit Siang masih ada masa untuk banyak game lagi” kata Hew.

DAP hanya mahu “screw” Melayu sahaja. Jika tumbang Barisan Nasional, DAP yang akan kuasai pembangkang dan juga Malaysia serta mengubah dasar yang ada sekarang kepada Malaysian Malaysia.

Dan jika ini berlaku, tiada gunanya air mata darah sekali pun, dan Malaysia akan berubah corak segalanya mungkin  dalam beberapa ratus tahun akan datang  dan bukan lagi dinamakan Semenanjung Tanah Melayu  akibta pengkhianatan “Mandaliar”  moden.

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*