LHDNM MELANGKAH KE HADAPAN MEMPERKENALKAN XBRL – Bahagian 1

Share This:

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia selangkah lagi terus bergerak ke hadapan dalam merealisasikan eKerajaan dengan inisiatif digital dalam pemprosesan percukaian di Malaysia.

LHDNM akan memperkenalkan penghantaran helaian kerja pengiraan cukai menggunakan kaedah pengemukaan XBRL.  XBRL adalah singkatan bagi ‘eXtensible Business Reporting Language‘, iaitu kaedah yang digunakan untuk menghantar rekod-rekod perniagaan secara digital untuk pelaporan.

Melalui penggunaan XBRL, penyimpanan, perkongsian dan penggunaan data perniagaan menjadi lebih efektif. Sudah tiba masanya penggunaan format penghantaran data cukai melalui format sistem maklumat menggunakan saluran XBRL ini.

XBRL telah digunakan secara meluas di seluruh dunia. Kebanyakan negara-negara luar sudah pun menggunakan sistem XBRL ini seperti negara Amerika Syarikat di mana sebanyak 7,000 rangkaian syarikat senarai awam dan juga bank telah digunakan. Begitu juga negara-negara seperti Brazil, Indonesia, Belgium, Denmark, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Spain, Jepun dan banyak lagi.

Sebagaimana di negara Amerika Syarikat yang sudah menggunakan sistem ini, pada tahun 2004, China merupakan negara pertama yang mengadaptasi sistem XBRL dalam laporan kewangannya.

LHDNM akan menjalankan aktiviti hebahan Taksonomi bermula tahun ini 2018 dan dijangka perlaksanaan pertama akan bermula mulai tahun taksiran 2019 bagi syarikat atau orang yang boleh dikenakan cukai, terutama operasi petroleum.

Manakala, LHDNM turut bercadang melakukan roadshow berkenaan XBRL ini pada suku ketiga tahun 2018 dan perlaksaan ke atas pemilik tunggal, perkongsian, pertubuhan dan koperasi dijangka digunakan mulai tahun taksiran yang sama.

Terdapat dua kaedah pelaporan atau pengemukaan helaian kerja pengiraan cukai melalui Sistem Pengemukaan XBRL ini antaranya pengemukaan melalui borang web dalam talian. Di sini, entiti pelapor perlu memasukkan butiran secara dalam talian.

Selain itu, kaedah kedua pula melalui pengemukaan melalui ‘instance’ XBRL. Melalui kaedah ini, pengguna atau entiti pelapor perlu memuat naik dokumen ‘instance‘ melalui ciri muat naik ‘instance‘ XBRL dalam sistem ini.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan taksonomi dan Sistem Pengemukaan XBRL boleh dihantar ke e-mel: xbrl@hasil.gov.my

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*