Kempen Ahok’s Melampau, Salahkan Peribumi – Pensyarah ANU

Share This:

Dalam kempen pemilihan Gabenor yang lalu, Bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok mungkin telah melampaui batas, sehingga menyebabkan beliau kalah.

Begitu pandangan Ross Tapsell, pensyarah kanan Asian Studies daripada Australian National University di sebuah forum yang bertajuk, ‘New Media And Politics In Southeast Asia: Social Media, Citizens And The Digital Revolution’ anjuran Jeffrey Cheah Institute yang bertempat di Sunway University pada Jumaat, 27hb Januari lepas.

Menurut sumber berkata, cara Ahok memainkan sentimen membangkitkan peristiwa Kerusuhan May 1988 dan seolah-olah menyalahkan peribumi Indonesia dalam video kempen tersebut yang ditularkan di YouTube dan lain-lain media sosial mungkin menjadi penyebab kepada kekalahannya lepas.

“Yes, in a simple answer it was too far, and certainly the people he was trying over, who is the moderate Islamic voter, who isn’t against the idea of voting for a non-Muslim candidate, is that Ahoks is going too far by having videos and sort of making this over the top.”

Pendedahan itu dibuat ketika pensyarah tersebut menjawab pertanyaan daripada hadirin yang sebelum itu dihidangkan tayangan video kempen Ahok yang ditularkan di media-media sosial. “He’s only creates more problems.”

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*